Buffet Ramadhan Lake Cempaka Villa 2018

Assalam.. Bismillah.

Hai orang bangi kajang putrajaya atau seangkatan denganya, jom berbuka puasa di Lake Cempaka Villa Bangi. Ini salah satu buffet ramadhan yang menawarkan pakej buffet   bawah RM 100. Nanti zati cerita berapa harga buffet ramadhan di Lake Cempaka Villa.


Apa yang menarik di buffet ramadhan di Lake Cempaka Villa adalah menu masakan melayu nya yang sangat sedap. Tukang masak adalah dari Dsaji. Antara menu yang zati suka adalah lauk lemak mereka.. Sangat sedap. Tak lupa juga asam pedas daging tetel.


Kata masakan melayu, ulam ulaman dan sambal mesti wajib ada kan? Di buffet ramadhan di Lake Cempaka Villa terdapat pelbagai kerabu dan juga sambal. Pilih sahaja mengikut citarasa.


Rasanya tak lengkap buffet ramadhan kalau tiada kambing kan? Disini ada menyediakan kambing bakar dan sup kambing. Makanan western juga ada disediakan di buffet ramadhan di Lake Cempaka Villa.



Kalau nak mencuba makanan yang simple atau tidak terlalu berat, boleh cuba Laksa johor. Memang terbaik rasanya.. rasa macam kenapa la makan sikit haritu. hihi. Ataupon boleh cuba keropok, jemput bilis, mee goreng dan pelbagai lagi.


Di buffet ramadhan Lake Cempaka Villa, tempatnya sangat selesa dan ruang solat juga disediakan. Harga pula RM 58 untuk dewasa dan RM33 untuk kanak kanak. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh refer maklumat dibawah ini

LAKE CEMPAKA VILLA
Taman Tasik cempaka
seksyen 9, bandar baru bangi
43650 Bangi

Facebook
Instagram

Contact.
010 4217147 (Pn Farhana )

017 2020380 (En Firhad)

Post a Comment

0 Comments