Buffet Ramadhan 2018 : Philea Mines Beach Resort

Assalam.. Bismillah.

Alhamdulillah. Baru baru nih kami sekeluarga dapat mencuba menu berbuka puasa di Philea Mines Beach Resort. Rupa rupanya depan bangunan Mines Shopping Mall jer.Dari luar dah nampak sign Philea Mines Beach Resort tu.


Memandangkan hari ini dah 13 ramadhan, rasanya masih sempat lagi kalau korang nak tempah untuk berbuka puasa di Philea Mines Beach Resort nh. Untuk pengetahuan korang jugak, ini adalah tahun kedua, pihak Philea Mines Beach Resort mengadakan buffet ramadhan.


Bertempat di restoran Abdul & Charlie, buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini menyediakan menu tradisi masyarakat melayu, pelbagai jenis kerabu, pencuci mulut yang menyelerakan dan juga makanan sampingan. 


Antara menu masakan melayu yang menarik perhatian di buffet ramadhan Philea Beach Resort ialah Ikan Patin Masak Tempoyak, Sup Tulang Rawan, Kari Kepala Ikan, Satay, Kambing Bakar dan macam macam lagi.


Kalau korang jenis yang tak makan makanan yang berat sangat, apa kata korang cuba Mee Bandung ,Satay, Pisang Goreng, Cekodok, Roti John, Murtabak maxam macam lagi. Semua menu nih, pihak Philea Mines Beach Resort menyediakan dengan cara live action stall.


Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort
Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort
Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Bagi penggemar makanan barat pula, buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort juga menyediakan Carbonara, Spaghetti, Grilled Beef, dan Sosej.


Bila dah habis makan, mesti kita nak cuba dessert dan buah buahan kan? So, antara makanan pencuci mulut yang disediakan di buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort ini antaranya pelbagai jenis kekSerawa Durian, Bubur Kacang, Puding, Kuih-Muih, dan macam macam lagi..


Dekat sini ada aiskrim malaysia jugak taw. Jasmeen macam tak tenteram kejap sebab tak tahu nak pilih yang mana.. hihi. Bukan setakat budak budak, orang dewasa pon suka sebab yerla, dah jarang nak jumpa aiskrim malaysia nih. Terima kasih la Philea Mines Beach Resort sebab buat kitorang menggamit memori.. hihi

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Bukan sahaja makanan yang menarik, Philea Mines Beach Resort ini juga sangat selesa kerana persekitaran yang cantik, surau yang berdekatan dan mempunyai parking yang luas. So, kemudahan mereka memang terbaik. Korang tak perlu risau.


Harga untuk Buffet Ramadhan di Philea Mines Beach Resort ini ialah RM 85 untuk dewasa dan RM 45 untuk kanak kanak dari umur 5 sehingga 12 tahun dan juga warga emas yang berumur 60 tahun ke atas. Kalau korang nak buat tempahan, di bawah ini nanti zati berikan details untuk korang yer.

Buffet Ramadhan Philea Mines Beach Resort

Philea Mines Beach Resort

Jalan Dulang, Mines Resort City
43300 Seri Kembangan
Selangor

Email : fnb@phileahotel.com.my
Contact : 019 600 1558






Post a Comment

0 Comments