Berbuka Puasa Di Buffet Ramadhan Verandah Cyberview Resort & Spa 2018

Assalam.. Bismillah..

Selamat menyambut bulan ramadhan.. Seperti biasa, bila bulan ramadhan menjelma, ramai yang ingin menikmati makanan buffet ramadhan. So kali ini zati nak bercerita mengenai promosi buffet ramadhan 2018 di Verandah, Cyberview Resort & Spa.



Nak tahu apa kelebihan berbuka puasa di buffet Ramadhan di Cyberview Resort & Spa? Dia punya seafood fresh gila.. Memang puas hati. Antara makanan seafood yang disediakan ialah Udang BBQ, Kupang, Sotong, Tiram, dan Ketam.. Seyesly, semuanya segar.


Korang tau tak,  buffet ramadhan 2018 di Verandah Cyberview Resort & Spa, mereka menyediakan 26 stall makanan. Diantara makanan yang disediakan adalah bertemakan makanan melayu, chinese, Japanese, Korean, Italian, spanish, mexican dan juga makanan tempatan.



Yang menjadi tumpuan adalah ikan patin tempoyak, asam pedas, masak lemak, gulai kawah dan macam macam lagi. Korang pilih jer nak makan ikan apa.. Nanti diorang masak.. Fuuhh.. Terbaikla buffet ramadhan di Verandah Cyberview Resort & Spa ni.



Menu feveret zati di sini ialah di station BBQ . Ya ampun. Steak dan lamb shoulder marinated diorang sedap sangat.. Lepas tu zati suka dessert diorang.. Korang bayangkanla, ada 20 jenis dessert dekat sini. Belum masuk kerabu, kuih muih, dan menu menu lain.. nanti zati belanja gambar jerla.. huhu.


Harga untuk berbuka  puasa di buffet ramadhan di Verandah Cyberview  Resort & Spa ialah RM 149 bagi dewasa, RM 75 bagi kanak kanak dan RM 100 untuk warga emas. Tapi pada 20 May 2018 ialah anniversary yang ke 20, so diorang berikan 40% diskaun. Berita baik bagi mereka yang menempah untuk 150 pax, korang berpeluang untuk menikmati hot air ballon sunrise ride untuk 2 orang.


Korang berminat nak berbuka  puasa di buffet ramadhan di Verandah Cyberview  Resort & Spa?  Nanti boleh refer maklumat di bawah ini.


Cyberview Resort & Spa
Contact : 03 8312 7042

Post a Comment

0 Comments