Nikmati Kelazatan Ketam di Sri Lanka Seafood Festival Berjaya Times Square

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. siapa disini peminat seafood especially ketam? Siapa minat, kita geng. hihi. Zati dan anak memang feveret gila dengan ketam. Beberapa minggu lepas dapat jemputan untuk Sri Lanka Seafood Festival di Big Apple Restaurant Level 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur. Tapi menu utama yang diorang berikan adalah ketam nipah yang fresh. Haritu memang kenyang dengan ketam sahaja.. huhu.. best.


Bukan ketam sahaja, tapi pelbagai menu lain lagi yang disediakan. Antaranya ialah Pol Sambol, Seeni Sambol, Lunu Miris, Gotukola Sambol, Thebu Colo Sambol, Mukunuwenna Mallum, Fism Ambul Thiyal with Gravy, Prawn Mellum, Chicken Kalupol Curry, Brijal Moju, King Crab Claw, Prawns, Crabstick, Mussels, Tuna, Smoked Salmon, Curd & Treacle, Laddu Kesari dan macam macam lagi.


Jangan ditanya kenapa nama menu ni unik sangat, dah nama Sri Lanka Seafood Festival, so makanannya berasal dari Sri Lanka la.. huhu. Jangan risau yer semua. Menu ini dimasak dan diketuai oleh chef yang berpengalaman.


Korang jangan ragu ragu. Makan jer menu ni semua sebab semuanya sedap tapi agak pedas la.. hihi. Dah memang makanan diorang pedas dan berempah. Tapi yang pasti sedap. Ketam memang terbaik weh. Masak kari. Pijor pijor mulut makannya, tapi menambah lagi. hihi. Nak tau kenapa sedap? Sebab chef nya kita import khas dari Berjaya Times Square Colombi iaitu Chef J.M.D.K Jayawardhana dan Chef HLM Hettiarachchi.


Bila Sri Lanka Seafood Festival? Lupa pulak nak cerita.. Haa. Bermula 2 April sehingga 30April 2018. Masih sempat guys. Booking sekarang kalau nak menikmati makanan laut yang segar dan sedap. Macam mana nak tahu harga dia? Korang tengok details di bawah ini.


  • Tempahan 38 orang pertama - RM 38 nett
  • Orang ke 39 hingga 58 - RM 58
  • Harga biasa untuk dewasa - RM 98 nett
  • Harga biasa untuk kanak kanak - RM 41
  • Harga biasa untuk warga emas- RM 61
  • Beli 3 voucher dewasa, PERCUMA 2 voucher
  • 30% potongan untuk voucher dewasa sekiranya menggunakan kad kredit Maybank.

Di  Sri Lanka Seafood Festival di Big Apple Restaurant Level 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur ini, ada menyediakan beberapa masa yang berikut. 


  • Pukul 12 tengah hari hingga pukul 2.30 petang. ( Hari biasa)
  • Pukul 12.30 tengah hari hingga 4.00 petang (minum petang Sabtu & Ahad)
  • Pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam( makan malam setiap hari)

Untuk sebarang maklumat dan tempahan, boleh refer details di bawah ini.



Contact : 03 21178000






Post a Comment

1 Comments

  1. seleranya tgkketam tu..mmg fav ni... boleh laklau teringin sgt kena g mkn nanti...

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)