Lulur Scrub Asianic Memang Best

Assaalam.. Bismillah.

Hai semua.. Lately asyik cerita pasal makanan jer kan. So harini nak share tips kecantikan dengan menggunakan produk daripada Asianic. Baru baru ni Asianic ada keluarkan scrub yang terbaru iaitu Lulur Scrub Asianic. Terdapat 4 jenis iaitu Seri 7 Bunga, Betik, Susu Beras, dan Delima.



Zati start amalkan scrub masa waktu belajar dulu. Kawan yang suggest sebab kulit lembut jer lepas scrub. Makanya dulu stock scrub memang sentiasa ada.. 2 minggu sekali wajib ber sental dengan scrub. Zati suka letak di tangan. Nampak la cerah sikit.. hihi.


Dalam banyak banyak jenis scrub, kenapa zati memilih lulur scrub daripada Asianic? Salah satu sebabnya, scrub daripada Asianic ni boleh digunakan di bahagian muka. Biasa kita pakai scrub, teksturnya kasar kan? Ini tak, ianya halus.. Sebab tu en suami pon pakai.. hihi.. Cuba baca Blog Afzalsukasuki.



Zati tak tahu la nak pilih  Lulur Scrub Asianic yang paling best sebab semuanya memang best.  Tapi zati cerita la satu satu ea.. Bagi yang suka wangian bunga, korang boleh cuba Lulur Scrub Asianic Seri 7 Bunga.. Ni kalau siapa nak kahwin tu, guna yang ini, orang kata makin naikla seri pengantin.. hihi. Lepas tu kalau nak lembutkan kulit badan, boleh gunakan lulur Scrub Asianic yang jenis Betik.


Kalau ikutkan dari dulu lagi zati suka lulur scrub susu beras. Bagi zati proses nak putih tu cepat. hihi. Macam biasa zati akan letakkan di tapak tangan dan juga kaki. Ataupon kalau korang nak gunakan yang delima pon boleh. Yang pasti semuanya membantu untuk mencerahkan dan melembutkan kulit.


Zati suggest, pada siapa yang mempunyai masalah tumit kaki merekah, strech mark, kulit kering, gelap di celahan peha, siku ataupon dimana sahaja korang nak cantik, korang boleh cuba gunakan lulur scrub daripada Asianic. Ni nak share satu tips untuk elakkan tumit kaki merekah. Selain buat lulur scrub dengan Asianic, korang pakai stokin. Yes.. ianya sangat membantu. Selain menutup aurat, ianya boleh mencantikkan. hihi.


Lulur Scrub Asianic berharga RM 16.90 setiap satu.  Boleh didapati di pasaraya besar, Farmasi, KK Mart. Ataupon korang boleh order secara online di AladdinStreet.com, Lazada, 11Street, Coopmall.my dan Cmasa.my. Kalau nak tahu lebih info, boleh juga lihat di media sosial mereka.












1 comments:

  1. dah cuba yang seri 7 bunga..mmg wangi satu toilet..hihihi

    ReplyDelete