Sabun Mandian Carrie Junior Kesukaan Anak Anak

Assalam Bismillah..

Hai semua.. Haritu Zati upload cerita pasal sabun Carrie Junior di FB. Tak sangka rupanya ramai jer kawan kawan zati yang guna untuk anak mereka. Salah satu sebab Carrie Junior menjadi pilihan anak anak sebab sabun ni wangi. Ibu dan babah pon suka.. Lepas anak mandi tak puas rasanya nak cium.


Si Jasmeen memang suka mandian Carrier Junior sebab selain sabun ni wangi, dia jugak akan dapat mainan. hihi. Bila nampak je sabun nih cepat cepat jasmeen cakap, ibuu ada mainan la dekat belakang sticker tu.. Cepatla bukak. huhu.. Tak menyabor betul.

Zati nih tak tahu pon, tapi dia pulak boeh tahu. Dasyat betul budak budak zaman sekarang . Haritu zati ada pergi tesco , tengah pilih mandian untuk jasmeen la.. Masa belek mandian carrie junior nih, tengok ada botol lain dah berlubang belakang dia.. Adeh.. Terlebih pulak budak budak nih.


Sebenarnya Carrie Junior letakkaa mainan sebab dia nak budak zaman sekarang bermain mainan berbanding dengan gadjet. Biar sel sel otak berhubung, biar diorang seronok tengok pelbagai mainan. Kali ni carrie junior bagi 6 koleksi mainan. 

Antara mainan yang ada dalam mandian Carrie Junior ialah si gajah yang gemar main bola sepak, Speedy Tommy atau kura kura yang terpantas di trek larian, Tuffy Teddy atau beruang yang paling kuat, Dribbly Minky atau si racoon yang mahir dalam hoki, Smashy Macky si monyet yang suka main ping pong dan ada juga trofi kejohanan. Nanti kalau anak tanya korang boleh la jawab yer.. hihi


Mainan ni comel comel jer tau. Kalau ada baby tu harap korang tengok elok elok. Takut masuk mulut nanti. Kalau nak beli mandian ni boleh dapatkan di Tesco, Aeon, Giant atau pasaraya besar yang lain. Korang yang mak mak nih jangan lupa bukak mainan dekat belakang botol ni yer.. sebab ada jer yang tak tahu.. hihi


Post a Comment

1 Comments

  1. budak-budak memang suka mandian Carrie Junior ni. Suka main buih je kan

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)