Allah Masih Sayang

Assalam.. Bismillah..


Waktu zohor tadi dikejutkan dengan satu berita yang di post oleh rakan kami. Actually mereka adalah doktor yang sering merawat kami. Yang terlibat dalam kemalangan tersebut adalah Doktor Azira yang membantu kami untuk mendapatkan zuriat yang kedua.. Suaminya pula adalah doktor di Poliklinik Dr Azhar dan rakan rakan cawangan Jalan Reko.


Zati lebih rapat dengan mereka sebab selalu buat facial treatment milik mereka. Di Dr Medispa &Wellness Jalan Reko Kajang.. Anak anak dia pon rapat dengan Jasmeen.


Nak dijadikan cerita, kereta mereka mengalami masalah dan menyebabkan kenderaan mereka terbakar. Baru tadi dr hakim beritahu yang video kereta terbakar tular di media sosial. Waktu dapat berita tadi, macam macam perasaan ada. Seriusly sangat terkejut sebab hari ahad lepas still message dengan dr azira seperti biasa.. Macam tak ada apa yang berlaku.. Kalau zati confirm satu kerja pon tak boleh buat.


Apa yang zati nak kata adalah, terima kasih syukur Ya Allah sebab mereka semuanya selamat tanpa sebarang kecedaraan. Mungkin anak mereka agak terkejut dengan keadaan itu. Terima kasih jugak kepada uncle berbangsa india dan orang bangladesh kerana berhenti dan menolong mereka. Buat pengetahuan semua, dr azira sedang mengandung dan ketika kejadian suaminya tidak ada atas urusan kerja. Hanya Dr Azira bersama 2 orang anaknya.. Terima kasih kepada yang menolong.

Allah masih sayangkan nyawa mereka semua. Apa yang zati nak share adalah sikap dr azira yang sentiasa tenang ketika mengalami masalah dan sempat memikirkan keadaan orang lain. Korang boleh baca disini.

ALLAH YANG MAHA ESA.
Pada hari sabtu baru-baru ini, keluarga kami telah diuji dengan sebuah dugaan yg tidak pernah disangka. Sewaktu itu saya tidak bersama keluarga disebabkan tanggungjawab kerja. Semasa isteri saya Azirawaty Tadzri sedang memandu bersama 2 orang anak-anak kami dikawasan kuala lumpur, beliau tiba-tiba terperasan keluar asap dari lubang aircond kereta kami. Sewaktu itu jalan sedang jam teruk. Sejurus lepas itu beliau melihat percikkan bunga api keluar dari kawasan lubang aircond. Namun, alhamdulillah, beliau dengan keadaan tenang dapat menurunkan kesemua tingkap kereta dan memandu secara perlahan untuk menghentikan kereta dikawasan tepi jalan untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada orang lain sekiranya kereta meletup. itu kata isteri saya. MasyaAllah, dalam keadaan nyawa mereka yang sedang dalam bahaya, sempat beliau berfikir mengenai nasib orang lain. begitu murni hati beliau. Dalam beberapa saat selepas menghentikan kereta ditepi sebuah stesen MRT berhampiran, sudah kelihatan api dikawasan steering kereta. Beliau bergegas mengeluarkan anak-anak dan juga barangan penting yang dapat dicapai. Setelah membawa anak-anak ke tepi dan jauh dari kawasan merbahaya, beliau berpatah balik kerana tertinggal Hamster peliharaan anak-anak dalam kereta. Sempat lagi isteri saya berfikir mengenai kebajikan hamster anak-anak.... Setelah berjaya mengeluarkan kandang hamster, beberapa saat kemudian, api menjadi semakin besar. Dalam waktu yang singkat tersebut, isteri saya memohon pertolongan dari orang disekeliling untuk memanggil bomba. Yang kami terkilan, ramai yang hanya mampu melihat isteri saya yg mengandung memanggil bantuan namun akhirnya hanya 2 orang yg datang untuk menghulurkan bantuan. Seorang berbangsa cina dan seorang pendatang asing dari bangladesh hadir utk memberi bantuan untuk memadamkan api menggunakan alat Pemadam api. Namun ia sudah terlambat. Api semakin marak dan membakar hangus kenderaan kami. Setelah saya sampai ke tempat kejadian dalam 30min kerana tersangkut dalam jem teruk, kereta kami sudah menjadi rentung. Pihak bomba yg hadir dengan pantas pun tak dapat selamatkan kenderaan kami. Bagi saya, kereta itu hanyalah harta dunia. Tidak bernilai dan tidak bermakna. Saya amat bersyukur kerana isteri dan anak-anak saya selamat dan tidak tercedera. Saya sungguh terkilan kerana tidak bersama mereka semasa mereka terpaksa menempuh pengalaman yang sangat menakutkan itu. Im sorry honey for not being there when you needed me most. But your bravery and courage as well as your pure heart towards the safety of others beyond your own need and safety astounds and amazes me. I love you guys. You guys are the only biggest treasure in my entire life.
Lepas zati dapat tau terus wassap kepada dr..korang nak tahu dr cakap apa?



Memang ini kot sifat doktor.. Di saat genting masih memikirkan tentang keadaan orang lain. Siap cakap nasib berlaku dekat diri dia.. Allahu.. Kalau zati tak tahu la jadi macam mana. Dan still masuk kerja harini.. 

Syukur Allah masih sayang mereka semua.. Sekali lagi terima kasih yang membantu.. Zati ada rakaman video mereka. Kalau mereka izinkan baru zati edit semula.

Keep strong doktor.. We love you. Allah uji kepada mereka yang mampu.


7 comments:

  1. sedihnya baca..kadang² kita tak tau bila akan terjadi kepada kita perkara² yang tak diingini.Allah swt turunkan sesuatu perkara untuk menguji hambanya dan diberikan kemanisan diakhirnya...Sungguh kuat Dr kan...Kalau saya,tak tau lah macam mana...Syukur alhamdulillah mereka takde pape

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiinn.. insyaa allah.. mereka baik sebab tu Allah uji

      Delete
  2. syukur dr dan anak anak selamat. paling syukur, beliau boleh handle situasi kecemasan dengan tenang.. kalau kita kat tempat beliau, rasanya panic attack tu melebihi dah segalanya..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. tau tak per.. memang berani dr nih. alhamdulillah.. semuanya selamat.. zati pon tak jumpa diorang lagi

      Delete
  3. Tgok dari gambar kereta dan video kereta terbakar tu mmg menakutkan... subhanallah diorang selamat...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah mereka selamat. Allah masih sayang.

    ReplyDelete