Kisah Jasmeen Di Hari Pertama Persekolahan

Assalam.

Hai semua.. Minggu ketiga baru sempat nak story pasal Jasmeen. hihi.. Jarang cerita pasal Jasmeen tapi kali ni nak tulis dalam blog sebab sampai bila bila ada. Nanti Jasmeen dah besar dia boleh tahu macam mana perasaan ibu dia.. hihi.


Sebelum naik sekolah kitorang laki bini dok cakap tak lama lagi Jasmeen nak sekolah dah.. Behave taw, jangan nangis, jangan buat kawan, dengar cakap cikgu dan macam macam lagi. Sebenarnya kami tak risau pergaulan Jasmeen sebab tahu dia jenis yang suka berkawan, yang paling kami bimbang ialah dia mudah sangat nak muntah.. Risau cikgu marah jer nanti. huhu. But so far alhamdulillah, Jasmeen muntah kadang kadang dan sebelum sampai sekolah jer.. Tak pernah lagi muntah dalam sekolah. Alhamdulillah.


Zati pulak malam tu tak lena tidur. Bukan apa, takut terbabas jer. Nanti lambat pulak anak ibu ni nak pergi sekolah. huhu. Babah siap ambil cuti taw. Ibu tak cuti tapi dah request masuk lambat. huhu. 

So hari pertama Jasmeen dekat sekolah nampak la dia happy. Ada jer budak budak nangis tapi Jasmeen cool lagi la. hihi. Kitorang tunggu di luar, si Jasmeen suruh kitorang balik.. Sabar jerla.. huhu. Bila Jasmeen dah masuk kelas baru kami beredar balik. Tapi dalam hati tak keruan.. Okay ke tak Jasmeen tu.. hihi.


Jasmeen jenis tak makan dekat sekolah. Tak tahu pasal apa so zati masak la apa yang dia nak makan. hihi. Tapi kekadang tak habis jugak. Tapi bila balik kelakar jer jasmeen nih.. Masuk rumah terus cari makanan, lapar katanya.. ahaha.. itu la, dekat sekolah tak nak makan.. hihi.

Masuk minggu ke 3 nih Jasmeen dah start nangis.. Eh. Dah kenapa? Rupanya Jasmeen rindu ibu.. huhu.. so sweet.. Sebenarnya zati pon teringat dekat dia.. Rupanya dia pon teringat kat zati.. hihi. Unik kan? 2 hari ingat ibu, lepas tu dah okay.. Alhamdulillah.. 


Jasmeen.. Ibu babah sayang meen taw. Nanti Jasmeen dah besar baca ni yer.. hihi


1 comments:

  1. comel Meen pakai uniform sekolah.selamat bersekolah dan belajar rajin²

    ReplyDelete