Losyen Haruman Badan Enchanteur Mampu Menyerikan Hidup Anda

Assalam.. Bismillah.

Hai semua.. Siapa dekat sini yang suka pakai losyen? Korang suka pakai losyen jenama apa ea?
Zati dari dulu sampai la sekarang suka pakai losyen daripada Enchanteur. Tak tau la kenapa. Mungkin sebab wangian dia memang segar dari dulu kot. hihi.


Wangi kan? Feveret zati semestinya yang kaler pink ( Enchanteur Romantic) tu.. hihi.. Korang tau tak kenapa kita digalakkan pakai losyen nih? Sebenarnya losyen ini membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit kita. Kan kita sering terdedah dengan cahaya matahari. So, pakai losyen dapat membantu la.

Lagi satu, cara untuk memastikan kulit kita sentiasa segar dan lembab adalah dengan minum air secukupnya.. Kesihatan pon terjaga juga. Tapi dengan penggunaan losyen. Kulit kita jadi extra lembab la macam tu. Nampak fresh jer.. hihi..Paling best kulit pon lembut. Nanti nak salam dengan orang tak ada lah nak malu sangat.. hihi.

Sebenarnya Enchanteur baru melancarkan losyen yang terbaru iaiti Enchanteur 24H moist losyen haruman badan.  Fuuhh , panjang nya nama dia.. Sama panjang dengan kelebihan dia. 24H tu.. huhu. Ianya ekstrak air mawar dan juga bunga lily.. Hmm.. padanla wangi semacam.


Nak tau tak kenapa zati suggest penggunaan Enchanteur 24H moist losyen haruman badan nih?
Sebab zati dah try. Antara kelebihan yang zati dapat share dengan korang ialah losyen ini berasaskan air. So ianya tidak melekit atau berminyak tak kira kira sapu dekat badan ataupon tangan.

Lagi satu. kelebihan air mawar losyen Enchanteur (Romantic)  ni juga membantu sebab ianya mampu menghidratkan kulit. Untuk ekstrak bunga lily ( Charming) pulak, kaya dengan asid amino dan mineral. Hmm. Sebab tu kulit korang akan rasa lembap dan paling penting bau wangi kan?

Barang barang Enchanteur nih semuanya mampu milik uols. Yang zati cerita nih berharga RM 11.90. Boleh didapati di semua pasaraya besar dan farmasi. 


0 comments:

Post a Comment