Koleksi Comel Daripada Enchanteur

Assalam. Bismillah.. Hai semua.

Harini nak story mory tentang Enchanteur perfume.. Hmm.. Wangian Enchanteur ni tak pernah mengecewakan. Tak wangi tak sah orang kata. hihi. Yang terbaru ni, ada koleksi yang kecil. So, lepas ni korang boleh sembur zas zas zas la.. Tapi tak payah nak zas zas sangat la. Sebab yang ni jenis roll on.. huhu. Yang pasti menjimatkan.. 


Comey ke idok? Nak tau tak kenapa ada beg disitu.. Haa.. tu nak bagi tahu yang kalau guna perfume enchanteur nih, boleh selit dalam beg sekali.. So, tak ada alasan korang tak mewangi sepanjang hari. Lagi satu, boleh letak dalam poket jugak. Suruh la boyfriend ke, suami ke bawak. Lagipon wangian enchanteur nih boleh jer kalau lelaki nak pakai pon.

Yang sebenarnya, untuk koleksi nih nama dia Enchanteur Paris Petite Parfum. Nama timangan zati bagi si comel Enchanteur. hihi. Sebab kecik kan, comel la panggil..  Enchanteur Paris Petite Parfum ni ada 4 jenis.




Enchanteur Paris Petite Parfum - Jolie (Lovely)

Yang ni warna biru. Bau dia lembut, tak berapa kuat sangat. Yang pasti bau ni, anak zati si jasmeen tu dah booking siap siap.. hmm.. pandai dia pilih. huhu. Wangian ni lebih kepada Rose, Honey dan Pear. 

Enchanteur Paris Petite Parfum - Cheri ( Darling)

Yang ni pulak warna oren. Yang ni kombinasi antara Apple, Cherry Blossom dan juga Vanilla. Tak tau nak explain macam mana tapi cuba korang tengok bahan wangian tu. Kalau apple memang wangi, Cherry macam manis manis macam tu kan? vanilla pulak memang bau vanilla la.. hihi.. Bila bergabung, fuuh.. Memang wangi.. Nanti korang cuba taw.


Enchanteur Paris Petite Parfum - Belle Amour ( Beautiful Love )

Okay, yang ni pulak kaler pink. Kalau perempuan pakai nih rasa macam lembut jer. Rasa macam tengah dating dekat Paris.. hihi.. Yang ni campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris.. Disebabkan campuran ni, terus rasa macam nak romantik dengan en suami.. Ehhh.. hahaha

Enchanteur Paris Petite Parfum - Adore ( Adorable)

Campuran wangian daripada Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear. Siapa nak pergi dating ker, candle light dinner ker. Cuba la wangian yang Adore nih.. Bukan apa, bila wangian nih rasa nak romantik tu lebih sikit. Yang pasti, kalau nak romantik lebih lebih, sila kahwin dulu.. hihi. Yang ni color purple.


Dekat mana nak dapatkan Enchanteur Paris Petite Parfum nih? Macam biasa boleh dapatkan di  Watson, Guardian, Aeon, Giant dan pasaraya besar yang lain. Harga mampu milik.. RM 9.90 sahaja dan RM 10.40 untuk Sabah Serawak. Untuk maklumta lebih lanjut boleh layari facebook dan website mereka.













0 comments:

Post a Comment