Karnival Upin Upin 2017 Di Maeps Serdang Memang Luar Biasa

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah. Hari ni dapat spend time dengan Jasmeen di Karnival Upin Ipin yang berlangsung di  Maeps Serdang. Karnival ini bermula dari 24 November sehingga 26 November 2017. Memandangkan cuti persekolahan telah bermula, karnival ini memang sangat menarik untuk meluangkan masa dengan anak anak. Pada tahun ini, ianya bertemakan Upin Ipin Luar Biasa. 

Kalau mengikut jadual yang diberikan, Karnival Upin Ipin  ini bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam. So ibu bapa boleh timing masa mengikut jadual yang ditetapkan. Tetapi yang pasti anak anak akan terhibur dengan setiap aktiviti yang dijalankan. Jasmeen memang sangat sangat teruja la. Biasa tengok dalam TV sahaja, ini dah ada depan mata sampai tak tahu nak ambil gambar dimana. hihi

Nanti setiap sorang akan memiliki nota kecil untuk melakukan task. Actually task ni menarik juga sebab kita akan bergambar di setiap tempat yang menarik. Zati tengok bukan anak anak je seronok, mak ayah pon teruja sekali bila berada di Karnival Upin Ipin. Bila dah siapkan task, korang akan memiliki Medal Upin Upin. Ada 5 kategori, so ada 5 medal yang akan dapat dimenangi.


Antara yang menarik di Hall A Karnival Upin Ipin ialah terdapat Tadika Mesra, Taman Mesra, Rumah Opah, Dinasour, 3D Mural, Sesi soal jawab bersama Kak Ros dan pelbagai lagi aktiviti dan tempat menarik yang menjadi perhatian di Karnival Upin Ipin 2017 di Serdang ini. Kalau bernasib baik, anda semua boleh bergambar dengan semua maskot Upin Ipin dan kawan kawan beserta penampilan istimewa Ultraman ribut.


Antara aktiviti menarik di  Hall C Karnival Upin Ipin 2017 ialah ada persembahan daripada Upin Ipin bersama kawan kawan, Puteri Limau, pada zaman dahulu dan yang paling anak anak teruja ialah persembahan daripada Ultraman Ribut. Zati nih jarang tengok Ultraman tapi persembahan ni seronok pulak sebab tunjuk mereka beraksi.

Di Hall C Karnival Upin Ipin 2017 ini juga terdapat Dadudido bot aktiviti, pertandingan mewarna, make over puteri, maze pada zaman dahulu, dan macam macam lagi. Di samping itu, terdapat pelbagai jenis jualan yang disediakan dan istimewanya ada kiosk jualan ayam goreng Upin Ipin.


Memandangkan Karnival Upin Ipin 2017 ini dijalankan pada waktu cuti sekolah, memang ramai yang akan datang ke sini. So dinasihatkan agar datang awal untuk mengelakkan kesesakan. Untuk parking pula, korang parking di tempat yang disediakan, kemudian ada tram yang akan mengambil anda untuk pergi ke Hall.


Secara keseluruhan, Karnival Upin Ipin 2017 ini sangat seronok dan acara yang dijalankan sangat teratur. Sama dengan tema mereka, Upin Ipin Luar Biasa memang betul betul luar biasa. Insyaa Allah, kita turut gembira melihat anak anak teruja dengan semua aktiviti yang disediakan.. Sambil berseronok, anda semua boleh memenangi cabutan bertuah.. Seronok weh. Tak sia sia pergi ke Karnival Upin Ipin. Penat sikit tapi berbaloi.


Boleh dapatkan tiket secara online di UpinInStore.com atau boleh walk in dan dapatkan di Hall C.


Tahniah Les' Copaque!


1 comments:

  1. waa.. meen pun happy la dapat jumpa karekter kartun yang popular ni.. hee~

    ReplyDelete