Resepi Mudah Ikan Masak Pindang

Assalam. Bismillah.

Dah masak ke belum tu? Ni ha nak share resepi ringkas dan mudah untuk mak mak yang super duper busy tapi nak makan sedap.. hihi. Lauk ni memang simple, kena gaya, 2 3 pinggan jugak la bertambah.

So harini nak kongsikan cara memasak lauk pindang. Zati tau lauk nih lepas kawen. Biasanya masak lauk singgang.. Menu ni dikira sihat sebab ianya boleh masak rebus sahaja.. Tapi lebih sedap sikit kalau kita tumis. Hihi. terpulang dekat selera masing masing.

Hmm.. Macam panjang je mukadimah nih.. Dah la, jom layan resepi ikan masak pindang.


Bahan bahan untuk Ikan Masak Pindang

1. Ikan kembung 2 ekor
2. Kunyit hidup 1 inci
3. Bawang merah 5 ulas/ Bawang besar 1 biji ( optional)
4. Bawang putih 2 ulas
5. Halia 1 inci
6. Cili Api 5 ulas
7. Serai 1 batang- ketuk
8. Rempah 4 sekawan
9. Asam Jawa -  1 sudu kecil


Cara Memasak Ikan Masak Pindang

Mula mula sekali korang tumbuk semua bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, cili api tu.. Guna lesung batu. Tak pon korang guna manual chopper.. Tu boleh jugak. senang sikit tak terpercik lada.. hihi. tapi ni masak 2 ekor je so zati suka tumbuk jer.

Then dah setel menumbuk bawang tu, panaskan minyak dan tumis sekejap rempah 4 sekawan tu. Korang amek sikit jer tau, setiap 1 rempah tu satu. Kayu manis tu kalau boleh ambil yang kecik jer sebab nanti kalau besar, bau dia kuat, Tapi kalau masak ikan tu banyak tak apa.. Korang bajet bajet la ea.. huhu.

Tumis sekejap then masukkan bawang tadi dan juga serai.. Goreng sampai garing lepas tu masukkan asam jawa. Zati masak pakai agak agak jer so sukatan sebenar asam jawa tu ikut atas citarasa masing masing. Then masukkan ikan, air dan garam gula secukup rasa.. Gula tu secuit jer..

Dah siap.. Mudah jer.. Yang pasti korang kena rasa ikut citarasa masing masing. Macam zati suka pedas dan masam sedikit..

Tapi kalau korang nak rebus boleh jugak.. Sama jer cuma beza tak menumis. Lepas tu ikan pon tak kisah. Ikan parang boleh, ikan merah boleh.. Ikut citarasa masing masing.


1 comments:

  1. favourite sangat ni. dari zaman kecik kecik sampailah waktu zaman pantang

    ReplyDelete