Sibuk Sehingga Melukakan Perasaan Ahli Keluarga Tanpa Sedar

Assalam. Bismillah.

Zaman sekarang memang semua busy. Ibu bapa di luar sana sibuk mencari duit untuk anak di rumah. Barang semuanya naik. Sebagai orang biasa, hendak merungut barang keperluan naik memang perbuatan yang sia sia sebab bukannya boleh berubah apa apa. Jadi apa perlu kita buat? Kita yang usaha untuk mencari duit demi kelangsungan hidup dan keperluan keluarga. Tetapi sibuk di tempat kerja jangan sampai sibuk di rumah juga. 


Semalam zati terkesan posting daripada Ustaz Ebit Lew. Dia cerita yang ada seorang datang terus peluk kepadanya. Dia berterima kasih sangat kepada Ustaz kerana telah banyak menyedarkannya.


Paling terkesan bila zati membaca komen macam nih. Ada yang begitu sedih bila rasa diri mereka terabai.

Saya rasa mcm tiada kawan bila encik suami lebihkan hp dr saya...hp disentuh dan dipegang hari2 ...tapi anak isteri nak disentuh sekali sehari pun susah...emmm saya hadiahkan fatihah jer lah kat dia tanda saya sentuh hati dia hari2...


Hmm.. Terkesan sebab zati pon kekadang busy. Bukan apa, terfikir dekat anak. Rasa terabai ke dia? Walaupon anak kekadang minta untuk tidak pergi ke kerja, duduk main dengan dia. Memang zati menangis. Tapi menangis di dalam hati. Tidak ditunjukkan secara lisan. Harap lepas ni zati banyak lagi luang masa dengan anak.

Hmm.. Kenapa zati suka follow Ustaz Ebit Lew? Zati rasa perkongsian yang diberikan adalah sangat bermanfaat. Sebagai contoh, haritu ustaz ada bagi satu doa yang boleh diamalkan dalam kekeluargaan. Iaitu doa apabila ahli keluarga mula resah, jauh dari kebaikan serta tidak soleh. Insyaa Allah, bila diamalkan, keluarga akan semakin bahagia. 

Doa apabila ahli keluarga mula resah, jauh dari kebaikan serta tidak soleh. Ayat 15 surah  Al-Ahqaf. Ianya boleh dijadikan sebagai ayat amalan kita.


Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai dan berilah aku kebaikan yang akan mengalir sampai kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada Engkau , dan sungguh, aku termasuk orang muslim
Jom kita sama sama muhasabah diri dan perbaiki yang mana perlu. Banyak hati perlu dijaga. Dan yang paling penting, amalan dengan Allah juga. Dekati syurga jauhi neraka.

Sumber : FB Ebit Lew.

******** 

Post a Comment

0 Comments