Buffet Ramadhan 2017 : Bangi Golf Resort Restaurant

Assalam. Bismillah.

Tak lama lagi nak puasa dah. Mesti tak sabar nak sambut bulan ramadhan kan? Lepas tu jugak, mesti korang dah planning nak bawak family berbuka puasa di mana kan? So, hari ni zati nak share Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant,  Bandar Baru Bangi. Untuk kali ini, Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort bertemakan ala ala Melayu, Timur dan juga Barat. Menu dan harga sangat berbaloi taw dan menu nya akan bertambah lagi nanti ketika bulan puasa. Nak tau apa yang menarik disini? Baca sampai habis okay.. hihi


Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant akan bermula dari 29 Mei 2017 sehingga 23 Jun 2017.  Kalau tak silap, ada lebih 200 jenis juadah makanan dapat dinikmati. 




Seperti biasa, menu kambing memang digemari oleh masyarakat kita. Bukan setakat kambing bakar, ada juga sup mamak kambing. Kali ini juga, Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant menyediakan nasi lemak yang special dan dihidangkan bersama aneka lauk yang menarik. Antara menu yang disediakan ialah Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.







Bagi yang menggemari menu barat, mereka juga ada sediakan cabonara, lasagna, mushroom soup dan macam macam lagi. Tahun ini, pihak mereka masih lagi menyediakan sous vide egg with mushroom. Yang ni memang ramai yang suka.. yes.. rasa dia sedap.. hihi




Selain menu pencuci mulut yang menarik, korang juga berpeluang untuk menikmati Durian Musang King yang dibawa khas dari Raub Pahang. Ada booth durian yang akan dibuka nanti so korang jangan lepaskan peluang ini yer.. Then jangan lupa rasa gelato durian musang king.. 






Harga Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort Restaurant adalah RM 58 bagi dewasa dan  RM 28 bagi kanak kanak. Tetapi jika korang membuat tempahan secara berkumpulan, harga akan bermula dari RM 49 untuk dewasa dan RM 22 untuk kanak kanak. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh layari maklumat di bawah ini




Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1, Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
Malaysia

Tempahan/Pertanyaan :
1-700-81-8557

Email :
sales@bgrrest.com

Koordinat GPS :
2.95716N, 101.76518E


********

Link Article Lokasi Buffet Ramadhan 2017











Post a Comment

1 Comments

  1. salam kenal :) hari tu g buka pose sni WALAUPUN UMAT MANUSIA penoh dan padat haha tp mmg betol makanan yg disediakna x mngecewakan, banyak pilihan dan sedap! serius tahniah #BGR

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)