Streat Thai Menyajikan Makanan Yang Sedap Dan Menyelerakan

Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah, Cuti minggu lepas dimanfaatkan dengan sempurna. hihi. Dapat keluar dengan family dan juga kawan kawan. Dah macam apa kitorang bergossip bagai. Hihi. Sembang pasal kerja, pasal telatah anak anak. So sebab nak jumpa kawan kawan blogger ni, kitorang decide la nak makan dekat Streat Thai Petaling Jaya One. Sebut jer Thai, yang berlegar dekat kepala adalah tom yam. Mesti terbaik tomyam dia kan? hihi. Okay la, jom tengok menu apa yang kitorang makan. 


Disebabkan kita makan makanan Thai, kita wajib try tom yam la kan? Untuk menu Streat Thai ni, diorang ada menyajikan Tom Yam Spicy dan Tom Yum Creamy Porridge with Seafood &Chicken. Macam biasa, bahan bahan yang diorang gunakan memang fresh. Yang penting, dia punya rasa la. Street Thai punya tom yam memang sedap. Pedas masam dia completed. Zati kasi 5 bintang. haha.. Dengan keadaan yang batuk selsema, dapat makanan nih, memang syok la. Tengah taip ni kecur air liur. haha


 Tom Yum Creamy Porridge with Seafood &Chicken

Untuk Jasmeen pulak, kitorang order nasi putih dengan ayam goreng special. Dia punya sos pencicah tu sedap. Style thailand la rase dia. Ayam dia rasa rangup dan berempah. Bila makan bunyi kriuk kriuk dia.. Korang juga boleh try Pineapple Fried Rice di Street Thai. Orang melayu panggil nasi goreng nenas.. hihi. Ni first time zati try. Rasa macam berempah dan tak pedas. Kalau korang nak order untuk anak anak pon sesuai.



Untuk menu lain yang kitorang order di Streat Thai ni adalah Panaeng Curry, Green Curry, Steamed Tilapia With Lime & Garlic Sauce, Papaya Salad With Salted Eggs, Streat Thai Tomyum Noodles, Tomyum Creamy Porridge With Seafood & Minced Chicken dan banyak lagi. Untuk air pula kitorang order Jasmine Tea With Honey, Salak Fruit Milk Tea dan Iced Cappucino.






Banyak makanan yang sedap sedap tapi yang pasti semua kitorang rasa. hihi. Nah belanja lagi gambar makanan sedap di Streat Thai.



  Papaya Salad With Salted Eggs

 Steamed Tilapia With Lime & Garlic Sauce


Suasana Streat Thai pon best jugak. Restoran ni jenis open dan kawasan diorang luas. Kiranya korang boleh menikmati hidangan dengan tenang. Budak budak pon boleh enjoy duduk makan dekat sini. 




So far memang best kalau nak makan bersama kawan atau family dekat sini. Kalau ikutkan, Streat Thai, Jaya One ni berdekatan dengan Pusat Asasi Sains UIAM Kampus Petaling Jaya. So student dekat sini boleh la try makan dekat sini. Lagi satu, kalau hari Jumaat dan Sabtu, diorang ada live band dari 7.30 malam sampai 10.30 malam.


 Kalau nak tau lagi details, korang boleh tengok kat bawah ni ea.

Streat Thai
100-G.001 The School
No 72A, Jalan Universiti Petaling Jaya
46200 Selangor, Malaysia

Contact : 03 7496 1297 / 012 907 3581

Operating Hours
Monday to Thursday : 11.30am to 10.00pm
Friday & Saturday : 11.30am to 11.00pm








Post a Comment

5 Comments

  1. Bila tgok2 gambar ni balik..terlioq lah pulak..hehehe.Memang kena repeat ni..:D :D

    ReplyDelete
  2. Fav menu thai.. Ada kesempatan bole singgah

    ReplyDelete
  3. lapaunya tengok gambo ni. memang suka makan Thai Food. yummeh

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)