Nikmati Buffet Ramadhan di Hotel Berjaya Times Square

Assalam. Bismillah.

Sempena ramadhan yang akan tiba ni, mesti korang semua dah usha buffet ramadhan di hotel kan? So, kat sini zati nak share satu tempat dan menu yang menarik. Okay, korang boleh cuba berbuka puasa di The Big Apple Restaurant , Tingkat 14, Berjaya Times Square. Bertemakan " baazar themed buffet feast" mereka akan menghidangkan lebih 200 jenis makanan yang enak. Best kan?


Antara keunikan makanan di The Big Apple Restaurant ini ialah, korang akan menikmati resepi nenek moyang daripada Chef Yusoff iaitu Kari Kepala Ikan Merah. Rasa dia sangat sangat sedap. Nampak tak betapa sedapnya kari nih. hihi. Selain korang boleh nikmati dengan nasi putih, korang juga boleh makan bersama lempeng kelapa. Fuuh. Rasa macam kat kampung dah.. hihi


Antara menu lain yang terdapat di buffet ramadhan The Big Aple Restaurant Berjaya Times Square ialah Beriani Kambing, Ikan keli/ Cencaru bakar, Pucuk Manis Ubi Keledek, Otak-Otak Muar, Murtabak Istimewa, Ayam Goreng Uncle Bakri dan macam macam lagi.





Lepas tu, agak agak macam nak makan yang simple simple ke, korang boleh cuba dessert, kuih muih jeruk buah, pizza atau popia  yang ada di sini. Ais kacang pon ada.. Memang sedap la dapat makan semua nih.. hihi.. 










Sambil menikmati juadah yang istimewa di buffet ramadhan The Big Apple Berjaya Times Square, korang akan dialunkan muzik live daripada The Angklung Balle Balle.


Bagi yang suka menikmati hidangan berat seperti nasi, korang semua boleh dapatkan hidangan ini bersama lauk pauk mengikut  pilihan hati. Semua hidangan ini adalah fresh belaka. Paling zati suka beef steak dan kupang.. Awesome sangat rasa dia.






Menu berasaskan daging, ikan dan juga ayam boleh dinikmati disini. Tak lupa juga itik salai. Zati sempat rasa haritu.. Memang sedap.. Ermm.. kesimpulannya semua nya sedap belaka.. huhu. Selain itu, korang juga boleh menikmati pelbagai jenis kerabu, sambal belacan salad dan lain lagi. 









Kalau ikutkan banyak lagi gambar yang nak dikongsikan tapi cukup la yang ni jer.. hihi. Bagi sesiapa yang ingin menempah untuk berbuka puasa di sini, korang boleh baca detail di bawah ini.

Untuk buffet ramadhan di The Big Apple Restaurant Berjaya Times Square, ianya akan bermula daripada 29 May 2017 sehingga 22 June 2017, 6.30 pm - 10.30 pm. Boucer RM 100 akan diberikan kepada dewasa dan RM 50 akan diberikan kepada kanak kanak bagi early bird RSVP.

Harga Minggu Pertama & Ke 4,
Dewasa : RM 128
Kanak Kanak : RM 58

Harga Minggu Ke 2 & 3
Dewasa : RM 138 
Kanak Kanak : RM 68


Selain itu, kalau korang menempah 10 meja, korang akan mendapat harga RM 118/person dan akan dapat 1 meja percuma. Kalau korang nak tempah untuk bermesyuarat pon boleh. Kalau full day meeting, korang akan dapat haraga RM 148 per person. Kalau half day, korang akan dapat harga RM158 per person. 

Untuk Ramadhan Residential Packages, 2 hari 1 malam ianya berharga RM 428 per person. Ianya termasuk breakfast,buffet lunch or dinner dan service yang lain.

Untuk maklumat lanjut boleh tengok di bawah ini





2 comments: