Allah Bayar Cash

Assalam. Bismillah.

Hmm.. lama rasanya duduk menyepi. Memandangkan hari ini hari Jumaat, kita slow down sikit. Kita cerita pasal keislaman sikit. hihi. So hari ni zati nak share tentang 3 perkara yang zati rasa Allah bayar cash kat zati.

Kekadang bila something happen dekat keluarga zati, mesti zati cakap dekat husband yang semua ni berlaku mesti sebab dosa dosa zati. Tapi husband pikir sebaliknya. Dia kata ini adalah ujian dari Allah.. Kalau ikutkan memang betul ujian. Allah turunkan ujian kepada sesiapa yang Allah sayang. 



Okay la. nak cerita pasal " Allah bayar Cash". Dulu waktu mengandungkan Jasmeen, zati pernah cakap dekat akak zati macam ni taw

 " Weh, kak teh pakai minyak ni, so far stretch mark tak ada kat perut, so next time bila dah tau mengandung tu terus jer pakai. Kak cik mesti tak letak ape ape kat perut kan, sebab tu ada stretch mark kan? "

Tinggg.. Besok pagi terus ada stretch mark kat perut.. Alamak. zati cakap jer padahal. Tapi tulah, may be akak zati ingat zati bajet sangat, sekali terus dapat la.. Hahaha.. actually ni buat zati gelak sebab baru poyo perut cantik time pregnant, sekali sama jer macam orang lain.. hihi

*********************

Yang second pasal kereta. Masa tu zati nak COD serum dekat customer. Dekat area pasar borong selangor tu. Lepas jumpa customer, kitorang decide nak pergi Aeon sebab husband nak beli barang sikit. Waktu balik tu singgah pulak stesyen minyak. Masa husband patah balik dari bayar duit dekat kaunter, husband pelik. Dia perasan yang depan kereta macam kemek. Dia pergi dekat, dan memang betul, kereta kitorang kemek dan rasanya kereta kitorang kena langgar di kawasan parking Aeon.. Fuuh, dia punya sedih hanya Allah jer tau sebab kereta ni calar pon tak ada.

Lepas tu zati fikir jap, apa yang zati buat pada hari tu. Lepas tu baru teringat, masa nak pergi COD tadi, zati ada cerita tentang seseorang. Fuuh. Allah bayar cash. Disebabkan bercerita tentang seseorang, kereta kemek sebab kena langgar lari.. Cerita dekat husband, dia kata ini ujian.. hihi. Tapi lepas tu tak berani dah nak cerita pasal orang sebab tak tahu, apa yang akan zati dapat nanti. Ni baru dekat dunia. Belom " disana".. Hmmm.. insaf kejap.

*******************

Ni yang paling latest. Jasmeen tak sihat last week. Tiba tiba jasmeen demam sampai naik ruam. Kemudian, satu leher dia naik ruam. Dia tak gatal, tapi kemerah merahan dan macam menggerutu.
Sebenarnya, sehari sebelum Jasmeen kena ruam nih, zati ada gurau dengan anak yang mertua jaga. Umur dia 7 tahun, Aisya nama nya. 

Haritu zati cakap la " Aisya, kenapa dengan leher Aisya tu? Hadoi, muka cantik dah tapi ada parut pulak dekat leher.. Ni mesti sebab aisya garu. Ke ni kurap aisya?" Isk isk isk.. Tapi tak ada niat pon sebenarnya nak cakap macam tu. lebih kepada bergurau. Sebab kekadang diorang ni suka bergaduh.. Kira macam zati nak menyakat jerla.

So, masa Jasmeen kena ruam tu, zati ingat la apa yang zati cakap tu. Zati rasa Allah bayar cash. Tapi bukan dekat zati, tapi dekat anak.. hmmm.. korang rasa?

*******************

Zati juga percaya yang Allah bayar cash kalau kita juga mangsanya.. Macam zati, kalau orang sakitkan hati zati, zati senyap jer. Zati buat tak tahu sebab nak balas balik malas. Bagi zati biar orang buat kita. Jangan kita buat orang. hihi.. Tapi bila satu satu Allah balas balik apa yang orang pernah cakap dekat zati, zati cakap Alhamdulillah.. Sekarang perkara tu kembali semula kepada mereka. haha.. Kekadang diorang tak lalui situasi macam tu. Tapi bila diorang pon melalui benda yang sama, kita senyum jerla.. hihi.. Tak payah balas, Allah kan ada.. huhu

Okay.. tula story nyer.. Sekarang insaf sikit la.. Bak kata pepatah, " Kerana Mulut Badan Binasa"  hihi. Korang ada pengalaman macam ni?

Post a Comment

0 Comments