Dr Medispa & Wellnes Pusat Kecantikan Baru Di Bangi/Kajang

Assalam. Bismillah.

Sempena Hari Wanita minggu lepas, en suami bawak saya pergi merehatkan diri ke Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. Lokasinya adalah berdekatan dengan downtown jalan reko, tingkat atas bersebelahan dengan KK Mart. Sebenarnya saya baru tau yang ada tempat spa disitu. Kami tau pon sebab kawan en suami yang suggest suruh datang situ. Terima kasih la en suami sebab bawak saya ke sini.. hihi. Dapat la rehatkan badan dan cantikkan muka.. 



Bila dah sampai tu, macam biasa la Dr Azira akan bertanya tentang jenis kulit muka kita. So lepas saya cerita tu, dr suggest saya buat rawatan Hydradermabrasion treatment. Haa. ni muka kaler hijau ni antara salah satu treatment yang ada.. Jangan cakap " mak kau hijau' sudah.. Hihi.. Ikut atas keadaan muka zati, warna yang sesuai untuk rawatan ini adalah warna hijau. errm. zati dah lupa la warna ape lagi yang ada sebab tengah layan topeng hijau nih.. hihi.

Ni antara step yang saya dapat masa Hydradermabrasion treatment di Dr Medispa & Wellness

Step 1 : Cleansing
Step 2 : Double Cleansing
Step 3 : Opening up the pores and layer it with our therapeutic oil
Step 4 : Start the Hydradermasion
Step 5 : Layering with Hyaluronic plus doctor formula mask
Step 6 : Facial massage
Step 7 : Ultrasonic treatment
Step 8 : Omega LED light therapy to enhance skin cell to rejuvenate
Step 9 : Serum application 


Lepas dah bersihkan muka tu, Dr Azira akan biarkan muka kena wap sikit bagi senang liang pori terbuka. 1st time saya buat facial, wap ni tak panas. hoho. Best kan?


Inilah alat untuk menyedut segala jerawat, black head kat wajah saya. Yang ni best sebab walaupon kena sedut, muka kita tak rasa sakit atau pedih pon. Tak ada picit picit guna besi tu dah.



Okay. ni adalah  layering with Hyaluronic plus doctor formula mask. Rase dia sejuk sejuk jer. Dekat bibir pon Dr Azira letak sebab ianya mengandungi kolagen. So, nanti bibir jadi pink2 gitu.. hihi.
Bila dah siap letak nih, saya dapat urutan di kaki dalam 10 - 20 minit macam tu.. Waa.. rileks lagi. hihi.


Yang ni pulak Ultrasonic treatment. Yang ni function dia tak ingat tapi yang pasti bila alat ini digosok dekat muka, sejuk je rasa dan muka kita akan jadi lembut. 


Haa.. ni kedua terakhir.. sama macam gambar mula mula tadi.. Ni kalau tak pergi dekat Dr Medispa &Wellness nih, saya ingat ni topeng biasa jer tau. hihi. Rasa macam ada super power pulak.. Jasmeen banyak kali tanya. kenapa ibu pakai topeng. Gigih la babahnya jawab. 



Bukan setakat facial sahaja, Dr Medispa & Wellness ini juga terdapat produk mereka tersendiri. Jangan bimbang, Dr Azira ni berkelulusan University College of Cork, Ireland dan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan ( MB BCH BAO). Jadinya, kita tak perlu bimbang la sebab mereka berpengatahuan dalam bidang perubatan. Produk yang mereka hasilkan juga telah diluluskan oleh KKM. 


Okay, yang ni Iv Boost treatment. Kebetulan masa kami datang, ada customer yang tengah buat treatment ni. Antara service lain yang dilakukan oleh Dr Medispa & Wellness ini ialah Slimming, Body Toning, Detox, Pregnancy Massage dan Baby Massage. 


Ini adalah gambar sehari selepas buat rawatan Hydradermabrasion. Apa yang saya rasa ialah, bangun pagi tu, muka saya jadi lembut, segar dan kurang berminyak. Gambar ni tak edit apa apa pon. Bedak pon tak pakai. hihi. Kita ni sebagai orang perempuan ni, walaupon dah pakai produk di muka, makan supplement, facial juga kena buat jugak. Atleast  sebulan sekali. 

So kepada yang berminat, boleh kunjungi Dr Medispa & Wellness di Jalan Reko Kajang. boleh lihat detail di bawah ini. 


Dr Medispa & Wellness
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6,
Reko Sentral, Jalan Reko
Kajang, Selangor

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestn yerrr kita teringin nak treatment muka sebab muka jenis tak berbela ni susah nak "bersih"

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak izwa.. buat la treatment ni.. lembut jer muka.. huhu

      Delete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)