Kenangan 2016 : Adik Bongsu Accident

Assalam.


Bismillah.. Sepanjang tahun 2016, banyak perkara yang jadi pada keluarga kami. Adat la kehidupan itu kan? Kalau tak merasa pahit dulu, mesti tak akan dapat meniali kemanisan.  hihi. Bermadah helah pulak dekat sini.


Gambar sebelum accident

Ni nak cerita pasal adik bongsu saya, Ahmad Rabani nama dia.. Sekarang umur dah 22 tahun.. Masih belajar di Johor. Dia ni pecah rekod sikit. Accident berturut turut.

Okay. Memandangkan dia ni adik bongsu perhatian memang lebih la walaupon kami tau mak abah sayangkan anak anak sama jer.. Hari pertama dia accident tu dapat call dari abah. Tapi abah cakap slow sebab tak nak adik dengar. Adik tak nak kami tau sebab takut kami marah.. Dalam jam 10 macam tu abah call bagi tahu yang adik terbabas macam nak elak 'sesuatu'. Hmm.. Alhamdulillah, adik bawak moto perlahan waktu tu.. Tapi agak seriau jugak la tengok.. Kulit tersiat..



Gambar pertama accident

Kecederaan di bahagian muka,bahu, dan juga pinggang. Bahagian muka teruk sikit dekat hidung la sebab adik baru lepas operate hidung disebabkan tonsil. Hidung dia bengkok sebab tu kena operate.

Lepas tu, selang beberapa minggu, adik accident lagi. Mula mula dapat wassap dari kak cik, saya jadi marah la.. Accident lagi?  Kenapa careless sangat budak nih!  Tapi bila kak cik hantar gambar, terus nangis sebab tengok keadaan kereta teruk macam teruk sangat.




Accident ini berlaku sebab driver kereta merah tu terlelap. Adik tak sempat nak mengelak, terus kena langgar. Masa ni dalam pukul 6 petang. Dalam kepala dah fikir macam macam. Dapat tau adik accident pon sebab jiran belakang rumah bagi tahu yang adik accident. Dah la dekat kampung tu tinggal mak abah jer.. Mesti diorang risau sangat.

Dapatla call jiran yang bawak mak pergi hospital tu.. Dapat tahu yang adik tak ada apa apa, cuma muka luka dan hidung dia problem. Macam ada kaca. So kena bawak hospital kuantan lagi untuk operate hidung.





Alhamdulillah.. walaupon kerete total lost, adik tak ada apa apa. Insurans pon cover dah.. Dalam family kami dia la paling banyak sekali operate.. Hai.. macam macam la budak nih.








2 comments:

  1. Darah dagin sendiri kan :( sedih tgk keadaan dia tapi dah sihat ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 minggu lagi nak kena operate hidung.. Doctor kata tulang hidung dia berbentuk S.. Masih bengkok

      Delete