Nazim Othman Dikecam Netizen

Assalam.

Jarang jarang nak cerita pasal artis nih. Tapi kalau benda yang baik, kan bagus kita share. Bukan asyik nak menghentam jer. Baru baru ini Nazim Othman nasihat dekat wanita wanita di luar sana agar berpakaian dengan lebih sopan untuk mengelakkan kejadian rogol.. Niat dia baik untuk menegur tapi ada pulak orang kecam. Hmm..



Saya selalu menasihati kaum wanita yang rapat dengan saya supaya jaga pakaian dan tingkahlaku. Ini sebab saya ambil kisah tentang imej dan keselamatan. Saya faham semua wanita ingin kelihatan cantik. Walaubagaimana pun ia ada perbezaan antara imej ‘cantik tapi menarik’ dan ‘senang nak makan’. Wahai wanita di luar sana, tolong jaga keselamatan anda. Anda tak perlu nak dedahkan sangat kulit anda pakai pakaian yang sexy serta leggings. Lelaki tertarik dengan perempuan cantik dan sexy adalah perkara biasa. Tapi ada antara mereka yang gila dan liar. Itu sebab sekarang ni kita sering disajikan dengan kes rogol, dan itu buatkan saya sedih. Nasihat ini mungkin susah nak diterima sebab perkara ini (rogol) tidak pernah terjadi pada anda. Pencegahan adalah sentiasa baik dari penawar. Mangsa rogol selalu akan jadi trauma dan alami masalah mental dan ia amat sedih. Anda mungkin akan dapat mencegahnya sebab anda adalah insan yang lebih baik. Pakai pakaian yang sepatutnya, jaga tingkahlaku dan anda akan mendapat penghormatan yang sepatutnya. Para lelaki akan tengok dan hormat anda.
Credit to OhBulan. 

Saya bukan kata saya ni alim sangat. saya dulu pon pakai ketat ketat jugak. Akak bising pakai baju ketat tapi saya buat tak tahu jer. Pakai jeans ketat je, legging memang tak la. Tapi lepas kawen baru la tau. Tengok orang pakai baju seluar ketat. Istighfar terus sebab saya sebagai perempuan malu taw. Bila saya tengok orang lelaki pandang wanita macam tu, saya pulak naik malu. Dah la ketat, baju singkat. Hmmm.

Memang perogol akan bantai je perempuan dia nak. Tak kira la bertutup litup ke apa tapi kalau kita menyeksi macam tu, memang sengaja cari pasal la jawapannya. Retis ni cakap berdasarkan pandangan lelaki taw. Tak perlu la nak cakap lelaki ni gatal kalau awak sendiri yang mencari masalah.

Zaman sekarang benda baik pon kena kecam kan? Benda yang buruk tu dilambung tinggi kan? 
Siapa yang kaki kecam tu jangan marah ea bila kena kecam balik.. hihi

2 comments:

  1. ramai dah jadi pengecam sekarang ni..risau betul kalau nak cakap benda baik tapi kena kecam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pasal.. bagi nasihat suruh pakai leklok kena kecam.. huhu.. sekarang nak buat ape pon hati kena kental. Sebab tak semua pikir macam kita

      Delete