Lirik Sedalam Dalam Rindu

Assalam.


Jangan pelik kalau tiba tiba saya share lirik lagu ni. hihi. Actually nak bagitahu yang si Jasmeen ni memang suka nyanyi. Ada sekali dalam kereta dia kata nak dengar lagu. Kitorang tak tahu lagu apa yang Jasmeen nak. Alih alih Jasmeen nyanyi 2 baris lagu. Ibu dengan babah gigih la meneka.. Lepas tu saya rasa jawapan saya yang paling tepat. hihi. Babah tak percaya. Terus saya bukak you tube. Dan pemenang nya adalah saya la.. hihi..



Kena hafal lirik ni sebab nanti boleh perbaiki kalau Jasmeen salah nyanyi.. hihi. Ni kepada pengecam antarabangsa, bukan Jasmeen tau nyanyi lagu jer, surah, zikir dan doa pon Jasmeen dah hafal.. Kena mention perkara ni sebab kita memang duduk di kalangan kaki kecam. haha..

Panjang pulak mukadimah.. Dah, jom layan lirik lagu Sedalam Dalam Rindu daripada Tajul.
Untuk pengetahuan Tajul merupakan adik arwah Achik Spin. Sekarang dah mencecah
1,850,083 views di You Tube


Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biar pun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam-dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang tertakhta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku


Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku diuji
Namun kau tetap di hati




Al Fatihah buat arwah Achik

0 comments:

Post a Comment