Char Kuew Teow Sedap di Negeri Sembilan

Assalam.

Alhamdulillah.. Dapat juga saya merasa Char Kuew Teow yang sedap nih. Haritu kebetulan balik daripada Rompin, memang lalu dekat Kuala Pilah nih.. Makanya dapat la makan.. Saya punya nak makan sampai terbawa bawa dalam mimpi taw.. huhu



Untuk pengetahuan, diorang baru jer bertukar lokasi. Alamat seperti di atas yer.. hihi. Waktu operasi pula bermula jam 3 petang. Waktu saya pergi ni baru 3 hari diorang berpindah. Sebenarnya en suami siap buat video tapi apa kan daya. Ada kesilapan teknikal pulak. Kalau tak boleh tengok in real kitorang makan. hihi.

Saya order Char Kuew Teow Sotong, anak pulak ambil yang biasa dan suami amek yang burger. Gambar burger tak ada sebab sedap sangat. Lupa nak snap.. huhu. Apa yang saya suka adalah seafood mereka ni fresh.. Sotong tu segar sangat taw.. Bila makan tu rasa puas hati sangat.. 


Dan jangan tak tahu yang Char Kuew Teow ni dah viral. Giler kentang dah masuk, Rizal Hakimm pon masuk, dan juga pernah bersiaran di Roy Jalan Jalan Cari Makan di TV 9.. Dasyat kan? huhu.
Semoga berjaya untuk mereka. Char Kuew Teow memang sedap. saya kasi 5 bintang.. hihi

Nah, saya belanja gambar yang saya ambil daripada fb owner  Char Kuew Teow ini iaitu Siti Azlina Nordin





Jom makan

4 comments:

  1. Acaner akak org Pilah x tau tempat ni erk..banyak nau viral terlepas ni..takpe la..nanti nak pi terjah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti balik pilah jangan tak singgah kak.. hihi

      Delete