Anak Kecil Sering Menangis Kerana Diganggu Makhluk Halus

Assalam...


Minggu lepas anak sedara saya kerap sangat nangis. Tak tahu pasal apa. Macam ada jer yang tak kena. Kebetulan pulak masa tu tak sihat. Asyik muntah berak. Umi dia takut dehydration jer. tapi bila bawak ke klinik As Salam, doktor kate tekak zara ni bengkak. That why dia sering muntah dan tak lalu nak makan. Susu pon dia muntahkan balik. Zara umur dalam 7 bulan rasanya..



Tapi bila asyik meragam jer, family decide suruh bawa ke Darul Syifa. Dekat jer dengan rumah so mudah jer la. Lepas balik dari Al Syifa tu, alhamdulillah. Zara okay dah. Boleh bergelak ketawa semua. Kalau tak, kita agah pon buat muka tak tahu jer.. Sekarang seronok dah main main dengan Zara.

Haritu mak mertua teringat yang sebelum Zara tak sihat haritu, diorang dengar macam ada orang beri salam. Dalam jam 6 petang macam tu. Diorang ni terus jawab salam dan anak jagaan mak ni terus bukak pintu. Yerla, diorang ingat mak diorang dah sampai. Tapi tak ada orang rupanya kat luar  rumah tu.

Hmm.. Bila mak cerita balik kat saya, tiba tiba teringat kisah Jasmeen yang pernah ternampak "abang" di luar rumah. Wallahualam. Sampai sekarang tak tahu macam mana rupa "abang" yang Jasmeen maksudkan tu.







3 comments:

  1. Replies
    1. aah.. abg kat luar rumah.. cakap ke jasmeen suruh abang tu balik. lepas tu jasmeen cakap abang tu x nak balik.. hoho.. haru betol

      Delete
  2. Your articles are very useful for us who use social media and thank you for your article
    sanadomino

    ReplyDelete