3.7 Juta Pengunjung MAHA 2016

Assalam. Bismillah.

Wow. Tahniah kepada MAHA 2016 kerana telah berjaya mencecah pengunjung seramai 3.7 juta. Satu pencapaian yang sangat bagus. Bukan sahaja pegunjung daripada  negeri Selangor, malahan saya rasa ramai pengunjung yang datang adalah daripada seluruh negeri. Walaupun anda semua penat tetapi saya rasa mesti berbaloi kan sebab banyak sangat perkara menarik yang berada di MAHA.


Waa.. tengok tu. Daripada pagi sampai ke petang, orang masih berkunjung ke MAHA. Macam zati juga la. Dari 8 pagi sampai 7 petang ada kat sana. Itupon bukan semua tempat zati berjaya terjah. Dah tak larat dah. hihi. Harap nanti boleh pergi ke semua booth. Jadi, kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk datang tu, boleh la tengok bagaimana ramai yang datang ke sini. Meriah sungguh. Mak kat kampung pun teruja.. hihi




Kalau nak tau, waktu malam pon masih ada pengunjung kerana waktu malam pula MAHA diserikan lagi dengan artis yang terkenal seperti Khalifah, Projektor Band, Man Bai, Ramli Sarip dan ramai artis lagi.




Menurut Berita Harian Online, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ahmad Shabery Cheek, pendekatan agrotainment seperti Kampung Mok Cun, Upin Ipin dan Festival muzik memberi impak positif apabila dapat menarik golongan sasar baharu yang selama ini tidak tahu mengenai MAHA. Saya paling tertarik dengan Upin Ipin Kampung Durian Runtuh. Ni kalau ada lagi nanti, memang nak duduk kat sini je dengan Jasmeen.. hihi. Macam macam aktiviti.

Cuba tengok video daripada Khalifah nih. Biasa kita dengar Hang Pi Mana kan?
Sekarang kita tengok Hang Pi MAHA pulak.. hihi. Sangat terhibur sampaikan Jasmeen asyik nak tengok jer..




Tahniah MAHA 2016. Jumpa lagi nanti..




Post a Comment

4 Comments

  1. kalau sehari memang tak terterjah la semua tempat. bagi tempoh masa 3 hari kot kalau nak tawaf semua tempat :D

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)