Perasaan Ibu Apabila Anak Di Ejek

Assalam.


Baru baru ini berkesempatan untuk join satu acara ini. Kebetulan ada seorang artis di situ yang membawa anak. Mereka pulak ber dress up ala ala halloween. Si Jasmeen ni memang suka sangat berkawan. Tak duduk diam dia apabila tengok diorang bermain. Pakai costume pulak tu. Lagi menarik minat budak nih.




Mula mula saya pergi bahagian makanan, kebetulan retis tu ada di situ. Sempat la senyum dan dia memegang pipi Jasmeen.. Jasmeen macam biasa la malu malu kucing.

Kemudian Jasmeen request nak pergi kat anak anak tu sebab diorang tengah bermain. So saya pon bawak la dekat dengan diorang.

Bila dah sampai salah seorang anak itu kata dekat Jasmeen macam ni

 " Eyy, gemok nya budak tu. Kita tak suka budak tu " 

Walaupon anak ini dalam lingkungan 7 tahun macam tu, tapi saya sebagai ibu menyirap kejap. Tau la Jasmeen ni memang sihat badannya, tak yah la sampai cakap tak suka bagai.. Hahaha.. Nampak macam saya pulak kebudak budakan tapi nak buat macam mana. Bila ada orang kata anak kita, Sakit tetap terasa.

Lepas tu terus cerita dekat en suami. Menyirap kejap. Nasib baik mak budak tu baik. Kalau kerek jugak memang dah cakap ni mesti mak dia tak ajar.. haha.. Marah sangat nih.


Tapi bila pikir balik, anak anak ni kekadang sudah di ajar untuk berbudi bahasa tapi yerla kan. Budak budak.

Lepas tu,  terus jasmeen insaf. pergi work out terus.. haha


6 comments:

  1. Alorhhhh budak tu bru 7thn haaa sok2 dh beso dia plak gemuk jasmeen selim melim... terasa mmg terasa tapi anggap tu bdk2. yg pntg jasmeen sihat and xsshkan org. auntie suke jasmeen bambam geram.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. tula pasal.. ibu ni ha yg emo lebih sikit.. x perla. janji anak sihat sudah. hihi

      Delete
  2. anak saya pun pernah kena ejek sebab tak pandai cakap.. kat playground ada budak tu maybe lingkungan umur 7 - 8 tahun.. memang geram. lepas tu dia datang tanya acik dia cakap bahasa apa. saya cakap je bahasa jerman.. budak tu pun jawab Ooo.. patut la lain. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah..hambik sebijik! ko hado nak bejerman..!! kiki

      Delete
  3. alooo..cute gambar last tu.. comel sgt..nak berwork out bagai.. nak pulak jasmeen tu berwork out ..bagus jgk dedah awal2 gaya hidup sihat..nanti over cantik lah pasni jasmeen ni ye..amin Insyaallah

    auntie seport jasmeen tau..jgn putus asa!

    p/s: tp budak2 comel yg tembam2 tau sedap dipeluk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. memang sedap dipeluk pon.. tengah tido tu dok kacau2 dia.. hihi..

      Delete