Malam Tahun Baru : Awasi Anak Anak Anda

Assalam. Bismillah.


Semalam tengah syok melayan facebook. tiba tiba saya baca status tuan homestay. Katanya untuk bulan 12 ni alhamdulillah. Ramai yang booking ingin bercuti bersama keluarga. Tapi ada seseorang yang ingin menempah homestay dia tapi dia tidak bersetuju selepas orang itu memberitahu sesuatu.



********************************************************************************

A : Assalam, yer dik, nak homestay berapa hari bulan?

B : Wassalam. hai kak. saya nak malam tahun baru boleh tak? Saya nak stay dari hari Jumaat malam tu sampai hari Ahad.

A : Oooo.. Boleh jer, nanti adik berikan detail yer, akak book siap-siap.

B : Sebelum tu nak tanya, boleh tak kami datang ramai - ramai lepas itu kami campur lelaki dan perempuan. Boleh tak?

A : Semua yang datang tu dah kahwin ker?

B : Kitorang bujang lagi kak. Ala,, biasa la  zaman sekarang kan?

*******************************************************************************

Tuan homestay memang tak kasi la. Terus letak call.. Tapi kalau saya, saya benarkan sahaja. Tapi ada plan la. Mintak salinan semua ic bebudak tu, mintak no pewaris jika berlaku apa- apa. Kemudian saya buat report siap- siap kat penduduk kampung, report polis, call jabatan agama suruh bawak van jenazah sekali. Biar bebudak tu kena tangkap. Lepas tangkap baru call mak ayah, suruh datang atau hantar je video dekat mak ayah diorang. Sebab kekadang ada jugak mak ayah jenis back up anak masing- masing kan? Kasi diorang pengajaran sikit. 

Berani budak budak zaman sekarang kan? Nak sambut malam tahun baru bersama sama siap book homestay lagi. Ni yang kita tau. Yang kita tak tahu? Hmm.. Macam macam sekarang nih.

So saya harap jaga lah anak- anak kita. Tengok dengan siapa dia berkawan dan pergi kemana. Jangan kita menyesal di kemudian hari.




Post a Comment

2 Comments

  1. Seram dengar kalau makin ramai yg buat plan dgn kawan2 macam ni..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. budak zaman sekarang..ntah apa di fikir tak tahu lah..mungkin sebab parents jugak yang manjakan anak dan selalu back up anak even anak buat salah sekalipun..=__='

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)