Hidup Sihat Bersama Pusat Terapi Nanotron Centre Bangi

Alhamdulillah.

Masih berkesempatan untuk melihat keluarga yang tersayang.Alhamdulillah.. Syukur.

Cerita ini khas ditujukan kepada warga Bangi dan Kajang. Untuk pengetahuan semua, bulan October lalu, telah diadakan Pusat Terapi Nanotron di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi. Bersebelahan dengan Restoran Sup Urat Ketin.

Apa yang paling menarik di pusat terapi ini? Terapi ini telah dijalankan secara PERCUMA.
Iyaa.. Memang percuma. Kenapa percuma? Sebab mereka ingin memberikan kesihatan yang baik kepada anda semua.

Siapa yang patut pergi ke sini? Saya sarankan ibu ayah pergi la dekat sini. Saya tau ibu ayah semua ada macam macam penyakit. Ini antara contoh2 penyakit ibu dan ayah ada adalah : 
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Sakit jantung
  • Sakit tulang belakang
  • Strok
  • Buasir
Kelebihan terapi ini adalah mereka mempunyai 6 rawatan dalam 1. Maksudnya adalah terapi nanotron ini mempunyai 6 fungsi.

>>Terapi Nano Haba 
Melonggarkan kapilari darah supaya melancarkan peredaran darah, melegakan penyakit artritis (lenguh sendi) dan tekanan.

>>Terapi Nano Germanium 
Meningkatkan imuniti badan mencegah penyakit kronik

>>Terapi Pancaran Negative Iron 
Pancaran negatif-ion membantu mengurangkan penyakit respirasi, menurunkan frekuensi gelora otak dan juga mengaktifkan sel

>>Terapi Pancaran Infra Merah Jauh 
Menyembuhkan lecur dan melegakan gastrik, keradangan perut dan usus pencernaan, penyakit pundi kencing, kebengkakan kelenjar prostat, masalah kerap kencing, buasir, anemia (kekurangan darah), strok, asma, sakit pinggang, kesejukkan, penyakit wanit

>>Terapi Electron Negative 
Mengyahtoksik, membersihkan darah, mengimbangkan dan mengawal PH darah serta galian darah

>>Terapi Akupunktur
Berkesan menghilangkan kesakitan badan, keradangan urat, menggiatkan sel darah dan mengurangkan kebengkakan (lebam) serta memulihkan tenaga badan.

Okay saya kongsikan beberapa testimoni yang saya lihat dengan mata kasar saya sendiri.


Pak cik Rosli- Kanan sekali

Yang pertama Encik Rosli. Pak cik ni mempunyai masalah buasir yang amat serius sampaikan menganggu cara dia berjalan. Mula mula datang terapi ini, berjalan pon sangat perlahan lahan dan berhati hati. Saya baru tau yang buasir ni ada tahap yang begitu serius. Kalau sebelum ini pakcik ini payah sangat nak membuang air besar, sampaikan berjam jam. Kemudian nak turun tangga pon ambil masa dalam 15 minit. Sampaikan anak2 bising mana ayah mereka tak sampai lagi nih.

Apa yang menyentuh hati saya? Kalau anda semua nak tau, pak cik rosli ni terkadang menangis sebelum tidur. Nak tidur pon susah, nak gerak pon susah. Waktu p.cik ni cerita saya turut sebak. Sebab ayah saya pon ada buasir. Tapi tidak seteruk p.cik ini. Selepas 20 kali datang terapi ini, banyak sangat perubahan yang dia alami. Buasirnya semakin pulih, jalan seperti sedia kala, selera makan bertambah dan sihat seperti orang lain. Best kan? Tak nak ke ibu ayah sihat macam ni.


**********

Yang ke dua Puan Som. Saya tak ingat umur dia berapa tapi boleh digelarkan sebagai nenek. Nek Som ini mempunyai sakit saraf. Sebelum ini, bila pergi ke hospital, anak dia akan memimpin, malahan pernah mendokong. Tak mampu untuk berjalan sendiri. Tetapi alhamdulillah. selepas pergi terapi setiap hari, Nek Som berjaya berjalan dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa? Alhamdulillah. berkat terapi nanotron dan dengan izin Allah.


**********

Yang ke 3 seorang pakcik. Saya tak ingat nama dia apa. tapi saya ingat kisah pak cik ni. Ini pon boleh di gelar atok. sebelum ini, atok bergerak dengan bantuan tongkat. Alhamdulillah. selepas pergi terapi ini, tongkat simpan dalam kereta.. Alhamdulillah. dengan izin Allah. 


**********

Ini adalah video Puan Rosidah ataupon dikenali sebagai ibu Idah.
KLIK DI SINI untuk menonton.

**********

Okay. Bagaimana terapi ini membantu ibu ayah semua? Sebenarnya terapi ini berasaskan sistem bertungku. Kerusi yang kita duduk tu seperti kerusi malas yang dilapik dengan alas nanotron. Bila kita bersandar disini, kita akan merasa panas dan sangat selesa. Tak kisah la apa penyakit sekalipon, datang lah ke terapi ini. Sangat-sangat  bermanfaat untuk ibu ayah semua. Minggu lepas saya pergi hari Sabtu petang. Nenek yang berumur 80 tahun juga mengikuti kelas ini. Selain itu, pelakon En Rahmat juga ada di terapi ini untuk sesi rawatan. 

Encik Rahmat bersama dengan Professor Dr  Mohd Rashid

Sesi terapi

Di samping itu, antara aktiviti lain  di dalam terapi ini adalah
  • Berehat di atas kerusi Nanotron
  • Ada rawatan akupuntur
  • Senaman ringkas
  • Taklimat kesihatan
Disini ada 5 sesi rawatan. Setiap sesi berlangsung selama 1 jam. Dan setiap sorang hanya dibenarkan menjalankan rawatan 1 jam sehari. Waktu pagi jam 8 dan 10. Kemudian sesi petang jam 3 dan 5 petang. Sesi malam pula jam 8. 

Tapi dinasihatkan agar yang berumur 27 tahun atas sahaja dibenarkan. Tetapi jika sudah berkahwin, ianya dibenarkan. Perempuan mengandung dan orang yang memakai bateri jantung tidak dibenarkan.


Penasihat kesihatan







3 comments:

  1. Ramainya yang datang event ni..

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  2. Salam.macam mana sy nak contact pusat rawatan ni ya?

    ReplyDelete
  3. Betul2 dihadapan Restaurant Urat Keting Seky7 Bdr Baru Bangi

    ReplyDelete