TIPS UNTUK MELEMBUTKAN HATI ANAK

Bismillah.

Pagi ini berkesempatan untuk mendengar tazkirah daripada Ustaz Ebit Lew. Walaupon tak berkesempatan untuk pergi ke kelas beliau, dapat dengar tazkirah melalui FB pon dah bersyukur.

Alhamdulillah. Hari ni dapat 4 amalan untuk dilakukan apabila anak tidak mendengar kata atau semakin menjauhkan diri.

Antara amalan yang harus dilakukan adalah:

1. Beri masa dan fahamkan situasi anak.
    Contohnya anak kita sering bergaduh dengan adik adiknya. Kita jangan marah ketika itu. Tapi    
    tenangkan mereka. Kemudian, cari masa untuk menegur. Panggil kakak nye dan menegur secara  
    baik. Tapi jangan tegur di depan adik beradik. Cari tempat yang sesuai dan tegur secara berhemah.

2. Hidupkan taklim di rumah.
    Belilah buku ilmiah yang sesuai dan lakukan taklim. Mungkin sukar pada permulaan tetapi jika  
    diamalkan, insyaa Allah. Anak akan turut serta selepas itu.

3. Makan secara berjemaah. Boleh letakkan makanan di dalam dulang dan makan beramai. Lagi elok     sekiranya makan bersuap.

4. Menangis dan berdoalah kepada Allah. Mintalah pada Allah agar dilembutkan hati anak kita.  
    Biarlah Allah yang uruskan anak kita.

Ustaz juga telah memberi satu doa yang boleh diamalkan. Iaitu surah Al-Ahqaf ayat 15.





Di dalam buku 111 Formula Rezeki pon ada tertulis cara untuk melembutkan hati anak. Banyak lagi tips2 yang menarik yang boleh di amalkan.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca.




Post a Comment

0 Comments