Spa Murah Di Shah Alam : Airellyn Beauty Studio

Assalam.

Minggu lepas berpeluang buat spa terapi dekat Airellyn Beauty Studio Shah Alam.
Sebenarnya, dah lama cakap kat husband, nak pergi spa, nak buat facial. Geram tengok muka sendiri ni. Kekadang jerawat tak menentu naik. Pasaipa tak tau lah tu. hihi


Credit photo to www.iuzira.com

Okay, Jom cter pasal spa ni. Saya sampai dalam pukul 4 petang. Cantik tempat dia, selesa sangat.
Mula mula saya diberikan satu form untuk di isi. Form tu berkenaan dengan muka kita dan skincare macam mana kita guna. Kemudian, staf kat situ cek pulak kelembapan kulit wajah kita. Dahi saya bacaan nye normal tapi pipi dan dagu problem sikit. Kemudian scan muka kita dengan alat khas. So kat situ boleh nampak la white head and black head kita kat mana dan banyak mana.

Staff tu pon cadangkan agar minum 3 liter air sehari sebab saya jenis kulit yang kering. Hmm, padanla bila cuaca panas jer muka terus jadi merah. Ha, lagi satu, kalau muka kita kering, jangan pakai cleanser yang berbuih. Pastu untuk mengekalkan kelembapan kulit, kita kena pakai serum atau moisturizer. Baru la muka cantik persis selebriti..




Saya diberikan rawatan Chocolate Deluxe Whitening Facial. Masa rawatan pon, staf akan bagi tahu ape yang diorang tengah lakukan. Nak tau tak ape yang best? Masa tengah buat facial tu, aroma coklat jer bau.. Best taw. Ingat mula2 jer pakai coklat, last sekali pon pakai coklat.. Betul2 best ni. First time taw tepek coklat kat muka.. hihi.

Macam biasa la facial ada rawatan stim kat muka untuk biarkan pori pori terbuka. Nanti senang whitehead nak keluar. Lepas sesi membuang whitehead tu staf tunjukkan hasilnya.. waa. Puas hati tengok.. selama ni berkampung kat muka kita.. hihi.

So lepas tu sejukkan balik muka dan buat urutan sampai ke bahu. Saya ni jenis penggeli sikit. haha. tapi best la sebab lepas urut tu rase selesa je bahu kita ni. Rasa rileks.

Selain daripada rawatan facial, mereka juga menyediakan pakej lain seperti:

  • Spa
  • Massage 
  • Waxing
  • Make Up
Nanti sampai sana anda semua boleh tengok pakej, lepas tu nanti tengok la yang mane sesuai dengan diri anda. Kalau nak kawen ke, ade rawatan Bridal Spa Treatment.. Nak kawen mesti cantik kan? hihi. 




Jom la ajak kawan2 yang lain pergi.. Memang recommended. Tempat yang sangat selesa, nyaman, santai, cantik dan ape yang best staff dia sangat baik semasa melayan kita. Kiranya anda tidak kekok la disana.. Siap dapat free gift taw.



Okay. Nanti kalau berpeluang memang saya akan datang lagi. Kalau ade sebarang pertanyaan boleh refer maklumat di bawah ini.

Airellyn Beauty Studio
No 6A, 1ST Floor,  Jalan  Kristal K7/K 
Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor

Untuk Tempahan Sila Hubungi :
Mizz Nurin : 012-940 9372
Mizz Fiza : 011- 128 25902
Office : 03- 551 94159





6 comments:

  1. buka kita pun lama tak di manja-manjakan hehehe..nk terjah gak la SPA ni :)

    ReplyDelete
  2. Mesti best bau Coklat tu kan...Menarik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. best sangat2.. first time buh cokelat kat muka.. hihi

      Delete
  3. wah bestnya memanjakan diri :D

    salam kenal awakk :D

    ReplyDelete
  4. seksyen 7 belah mana? sy pernah pakai 1 produck savvy tapi tak serasi..

    ReplyDelete