Enchanteur Paris Mampu Memukau Hari Anda

Assalam.

Enchanteur memang jadi pilihan daripada dulu lagi. Ingat dulu zaman kecik, suka rembat bedak enchanteur akak.. hihi. yerla sebab bau dia memang wangi taw. So memang dari dulu lagi follow produk nih. Bau dia memang best dan unik sebab berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. 




Baru baru ini, enchanteur ada mengeluarkan variasi yang terbaru. Saya tengah cuba yang terbaru ni la. Okay jom kita tengok ape yang baru tu.




ENCHANTEUR PARIS MON AMIE.

Enchanteur Paris Mon Amie ni yang bewarna kuning. Haa, yang ni sesuai bila jumpa  dengan kawan kawan. Ingat tak iklan Siti Saleha keluar dengan kawan kawan tu. Ha, macam ni lah.. Bila keluar dengan kawan kawan kan hepy jer.. Berjalan sambil bergossip.. hihi.. Untuk Mon Amie ni, saya guna deodoran dia. Deodoran ni memang wangi dan tahan lama. Selain itu, fungsi deodoran ini ialah anti peluh, mencerah dan juga menyegarkan. Sekarang cuaca kan tidak menentu, asyik panas jer kan, so deodoran ini sangat membantu. Harga deodoran ni ialah RM 8.70 ( 50 ml ) 




ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR. 

Yang ni pulak  sesuai untuk yang tengah bercinta. Adat la tengah bercinta kan semuanya nak wangi wangi. Mood romantik.. hihi.. Warna botol ni pon warna pink. Okay untuk yang ni saya guna losyen Triple Whitening. Dalam ini ada 3 agen pencerahan, iaitu ekstrak Likoris, Sakura dan Vitamin B3. Saya memang jenis yang kulit cepat kering. Dengan penggunaan losyen ini, amatlah membantu untuk mengekalkan kelembapan pada kulit.  Untuk hasil yang bagus, kita boleh pakai losyen ini dengan kerap. Yang ni ade 2 jenis design. Ada jenis tiub dan juga botol . Untuk yang tiub, harga dia RM 7.90 / RM 7.50 (85 ml/ 100 ml)Untuk yang botol  pula berharga RM 18.00 / RM 16.95 ( 275 ml /300ml ) 




 ENCHANTEUR PARIS ADORE.

Untuk yang ni pulak, saya menggunakan Parfum Deo Mist atau pon body mist. Yang ni kita boleh semburkan di badan kita. Kalau boleh sembur 15cm daripada badan. Haritu sebelum kerja pakai la body mist ni, anak saya bising dok cakap kenapa ibu wangi sangat nih.. hihi. Yang ni wangi dia kuat sikit sebab ianya kombinasi bunga dan buah buahan. Bau manis orang kata. Yang ni botol bewarna puple. Untuk yang ni pulak berharga RM 10.10 (100 ml)






Dekat mana boleh dapatkannya? Okay, boleh dapatkannya di semua rangkaian pasar raya/ pasar raya besar dan juga farmasi.

Kalau nak tau lebih lanjut, boleh tengok di website dan facebook diorang.













2 comments: