5 TIPS BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN

Assalam.


Alhamdulillah. Hari ni merupakan hari ke dua peperiksaan PT3 kan? Mummy jasmeen doakan agar pelajar semua berjaya jawab dengan jayanya.. hihi. Kebetulan pagi ni Ustaz Ebit Lew ada kasi tips untuk berjaya dalam exam. Info ini sangat bagus dilakukan oleh pelajar semua dan ibu bapa juga boleh buat dan berikan sokongan kepada anak anak.

Ni antara tips yang boleh saya kongsikan.

Tips yang pertama : Ucap Kalimah Lailahaillallah.

Maksud kalimah ini ialah ' Tiada Tuhan  Melainkan Allah'
Ibu bapa boleh pesan kat anak anak, niat di dalam hati. Saya belajar kerana Allah Taala. Saya nak Allah suka kepada saya. Saya nak Allah dekat dengan saya. Nanti Allah akan tolong saya. Tanamkan di dalam hati, soalan Math ni senang jer, kacang jer, Allah kan ada tolong kita. Anda kena yakin yang Allah akan bantu kita setelah kita berusaha dan belajar bersungguh- sungguh.


Tips yang kedua : Sembahyang Hajat 2 Rakaat.

Boleh dilakukan selepas solat Subuh atau sebelum memulakan peperiksaan. Berdoa dan mintalah dengan Allah agar Allah permudahkan kita nak menjawab peperiksaan kerana hanya Allah yang dapat membantu. Ibu bapa juga digalakkan melakukan solat hajat ketika anak menduduki peperiksaan.


Tips yang ketiga : Keluar rumah kaki kiri.
Apabila melangkah keluar ke rumah, langkah dengan kaki kiri dan ucap kalimah
'Bismillahi tawakkal tualallah lahaulawala quwwata illa billah'. Kelebihan ayat ini ialah


 Allah jaga kita
Allah cukupkan rezeki
Allah jauhkan syaitan
Allah pimpin kita

Tips yang ke empat : Takbir 7x
Semasa langkah ke dewan peperiksaan, takbir 7x. Cukup sekadar kita sahaja yang mendengar. Tapi lebih baik agar guru mengajar anak murid berdoa dulu dan kemudian melakukan takbir sebelum menjawab peperiksaan.

Tips yang kelima : Selawat.
Bila terlupa jawapan, suruhla anak kita berselawat. Insyaa Allah. boleh jawab selepas itu. Jika masih tiada jawapan, cuba soalan seterusnya. Kemudian cuba jawab lagi.


credit to en google


Ibu bapa boleh bagi tau kat anak2 tips ini dan yang mane ibu bapa boleh  buat, buatlah.
Nak tambah lagi, boleh dapatkan tips daripada buku 111 Formula Rezeki.

Boleh dapatkan di sini  RezekiDariDia






SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN 



Post a Comment

1 Comments

  1. tengok gambo tu teringat zaman sekolah. zamann nak ngadap exam besau. main, main jugak. dalam hati risau Tuhan je lah tahu.

    soon, anak anak pulak ngadap exam. hehehe

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)