Kisah Mistik : Pengamal Ilmu Hitam

Assalam.

Hati manusia tidak boleh diduga. Walaupon luaran nampak baik, dalaman hanya Allah sahaja yang tahu. Itulah lumrah kehidupan. Begitulah yang terjadi kepada abang sulong saya.

Abang saya bekerja sebagai pegawai badan beruniform di Johor Bharu. Setekah berkhidmat beberapa tahun, abg long  telah mendapat tawaran bekerja di Singapore. Alhamdulillah. Bertambah rezeki abang sekeluarga.

Selepas beberapa bulan  abang kerja di Singapura, isterinya jatuh sakit. Saya panggil kak long. Kak long sering demam, sakit belakang dan emosi seperti tidak stabil, asyik nak marah sahaja. Ada sahaja yang tidak kena. Dan ada ketikanya kak long sering lapar. Nafsu makan nya membuak- buak. Tetapi badannya tetap letih. Kemudian mereka juga perasan yang kelakuan anak sulong mereka, Aina seperti boleh nampak sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kita.

Ada suatu hari, ketika aina bersama ibu dia berdua di dalam lift. Tiba – tiba aina bersuara, wanginya akak baju merah ni, cantik pulak tu. Padahal hanya mereka berdua sahaja di situ. Nasib baik rumah mereka hanya di tingkat 2. Cepat- cepat ibunya keluar dari lift dan selepas itu terus menegur aina supaya tidak menegur apa-apa lagi. Tetapi lumrah budak, mana nak ingat semua tu. Sekali lagi aina terperasan ada “ kakak” di sebelah pintu akuarium rumah mereka. Aina bertanya kepada ibu dia, siapa yang di belakang akuarium itu. Jawab ibunya “ Itu kawan ibu, biarlah dia duduk dekat situ, jangan kacau dia”. Kalau ikutkan hati memang kak long dah takut, tapi kak long pura-pura berani depan aina.



Disebabkan Aina sering melihat “benda” di rumah, abg long semakin kerap membaca quran di rumah. Ada sekali, abg long tengah membaca surah  Yassin. Aina menegur “ abah, jangan la baca, nanti hantu tu marah abah”, sambil jari menuding ke arah pintu luar rumah. Abang long terus membaca tanpa menghiraukan kata-kata Aina tadi.



Apabila di kampung, kak long sering mengadu sakit kepala dan badannya rasa sangat letih. Kebetulan pada hari itu, ada kenduri di kampung. Selepas majlis, abah mengajak abang long sekeluarga pergi berubat kerana abah mempunyai kenalan yang boleh membantu merawat Kak long. Kata abah mungkin ada sesuatu.

Setibanya di rumah kawan abah , abang long ceritakan apa yang berlaku kepada keluarganya. Kemudian baru la kak long dibawa berubat. Seusai berubat, kawan abah bercerita “ kenapa biar isteri kau tanggung sakit lama sangat. Tau tak yang ada benda bergayut di belakang bini kau. Ada 3 ekor monyet kat bini kau. Tapi jangan risau, aku dah buang mereka”. Abg tidak menyangka seperkara itu berlaku. Sebenarnya abang long juga pernah ternampak kelibat monyet melompat - lompat di rumah mereka. Tetapi ingatkan hanya bayangan. Rupanya betul.




Sebelum pulang, kawan abah telah bagi tahu yang perkara ini terjadi kerana ada orang yang sakit hati dengan keluarga abang long. Bukan orang jauh, tetapi kenalan rapat. Abg long tidak berani mengagak siapa orang itu. Mungkin disebabkan peluang bekerja di Singapore, ramai yang iri hati.


Beberapa hari kemudian, abg long bercerita kepada kak long yang bekas tunang abang long call. Dan bekas tunang nya bertanya, “ Tak jadi apa2 ke kat sana?” Apa yang dimaksudkan itu? Hmm.



So sekarang ni, kami masih tidak tahu, ianya adalah perbuatan daripada siapa. Kawan baik ataupon bekas tunang.

************************************

Kenapa tetiba cerita pasal kisah alam mistik ni? Ni cerita tahun yang lalu. Tulis cerita ini sebab tak lama lagi ada cerita seram yang akan ditayangkan. So sekarang ni nak fefiling seram dulu..


Misteri Volkswagen Kuning 


Baru baru ini MIG Picture Sdn Bhd telah melancarkan filem seram yang terbaru iaitu Volkswagen Kuning. Sempat tengok trailer filem ini di TV hari tu.


Cerita ini berkisarkan tentang Fuad (Pekin Ibrahim) dan juga tunangnya Sarah (Atiqah Suhaimie) dalam perjalanan balik ke kampung Fuad. Ketika di dalam perjalanan, mereka telah diganggu oleh kereta volkswagen kuning ini sehingga menyebabkan mereka eksident. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang "sesuatu"bersamanya.


 Apa yang terjadi seterusnya? Jom la kita ke panggung. =)

Jom tengok trailer ni sikit.




Contest ini merupakan anjuran Bro Framestone dengan kerjasama MIG Pictures Sdn Bhd. Nak join? Meh klik sini


CONTEST VOLKSWAGEN KUNING

Ada berita baik semua..  Nak tau tak ada hadiah best.  Anda semua bakal memenangi OPPO F1, pakar selfie anda.  Jom semua join contest ni.





Post a Comment

0 Comments