Alhamdulillah. Hari Jumaat lepas
kami dijemput menghadiri tayangan filem terbaru terbitan MIG Picture iaitu Zack Kapcai di e-curve , Mutiara Damansara.
Untuk pengetahuan semua, filem ini mula
ditayangkan pada 14 Julai 2016.
Ini merupakan filem ke 113
terbitan MIG Pictures dan filem ini sudah mula ditayangkan di pawagam pada 14
Julai 2016. Hasil garapan Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ni,
mengetengahkan barisan pelakon dan pelawak hebat seperti Fad Bocey, Syuk SYJ
dan Rahim R2. Pelakon lain yang turut membintangi filem ini seperti Serina
Redzuawan, Epy Kokdiang dan pendatang baru Julia Marin.
Filem ini berkisarkan tentang
Zack ( Fad Bocey ) mencari adik serta bapa nya yang merupakan Raja Kapcai pada
ketika dahulu. Selain itu rakan baik Zack iaitu Roy ( Syuk SYJ) turut membantu
mencari bapanya walaupun pada permulaan nya mereka ada perselisihan faham. Pelbagai perkara menarik yang berlaku
sepanjang pencarian bapanya.
So, Jumaat lepas kami berkumpul di Pak John Steamboat untuk pendaftaran. Terima kasih sebab bawa kami makan di sini. Memang
terbaik makanan dia. Macam – macam jenis
seafood ada.
Gathering kami
malam itu juga disertai oleh Mejar David Teo, Serina Redzuan dan Epy Kokdiang.
Sebelum menuju ke pawagam, Mejar David Teo sempat membuat ucapan raya dan mengagihkan duit raya kepada semua blogger dan
ahli keluarga yang hadir.
p/s : Laki koi gelak berdekah2 tengok
movie ni. Dia memang suka tengok cerita lawak. Audience pon berdekah jugak..
huhu.. Maknanya cerita ini memang kelakar la.. huhu.
Jom tengok ZACK KAPCAI!
5 Comments
Best tak filem nie?
ReplyDeleteBest cter ni sebab lawak dia santai jer.. haha.. Biasa malam2 tengok movie mesti tido. yang ni tak tidow.. bergelak je =)
Deletewah menarik siap ada gathering bagai ni huhu :D
ReplyDeletehuhu.. part makan paling best =)
Deletecerita lain dari yang lain, JOM KITA RACE !!!
ReplyDelete