Bihun Goreng Pedas


Assalam,

Hari ni saya nak kongsikan resepi bihun goreng pedas kebabom. hihi. Resepi ni memang pedas sangat pon. So, sape yang gila pedas, boleh try. 

Resepi ni dapat masa pergi melawat saudara di Mersing. Waktu tu ada perkaja indonesia, tengah renovate rumah. Dia kate, org indonesia ni tak makan cili kering/ cili boh yang biasa kita guna tu. So, kena ganti la dengan cili api.. Lepas makan rasa sedap pulak. Tu yang mintak resepi.. hihi.

So, sekarang saya pulak nak share resepi mudah dan ringkas ini.


Bahan- Bahan
Bihun sebungkus ( rendam dengan air biasa )
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 4 ulas
Cili Api ( 1 mangkuk kecil / ikut atas kepedasan masing2)
Telur 2 biji
Ikan Bilis
Serbuk Kunyit
Sayur ( Kubis, Carrot, Taugeh ) Optional

Cara memasak
1. Panaskan minyak dan buat telur hancur. Kemudian
goreng ikan bilis.
2. Blend bawang besar, bawang putih dan cili api.
3. Tumiskan bawang2 tersebut sehingga garing. Masukkan gula, garam secukup rasa dan sedikit serbuk kunyit. * kalau nak isi ayam/daging/udang/sotong pon boleh*
4. Bila dah garing masukkan bihun yang telah direndam tadi. masukkan air sikit jika bihun tu masih keras.
5. Apabila bihun tu dah okay, akhir sekali masukkan taugeh dan telur hancur.
* saya suka buat telur hancur dulu, baru la telur tu besar2 sikit.. hihi.
6. Angkat dan letakkan di bekas. dah siap baru taburkan ikan bilis kat atas. So, ikan bilis akan rangup lagi.

Okay.. selamat mencuba.. Nanti kalau dah cuba, tolong la gtau, jadi ke idok?? huhu

Ni la rupa telur hancur dan ikan bilis tadi 

Lepas tu tumis bawang2 semua. Waktu ni nak letak ayam pon boleh


Dah sekata semua, baru masuk taugeh. Saya suka taugeh yang masih rangup

Taraaa.. ini lah hasil nya.. 



Hihi.. Selamat mencuba semua =)

8 comments:

  1. lama tak buat bihun goreng.. kalo atas api penat nak kacau lenguh tangan. hahah selalu masak noxxa jer.. steam kan 2 minit.. hahaha penyegan betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. senang je guna noxxa tu kan. masak semua benda dalam tu pon boleh kn?

      Delete
  2. Boleh la kita try lps ni... (^^,) selalu masa spagheti je.. tekak omputih sgt. haha *sebab tu yg mudah.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoho.. klu suka pedas boleh la buat.. =) Spagheti pon feveret tapi jasmeen n babah dia more to cabonara.. =)

      Delete