Resepi Mudah Sup Kepala Ikan Rempah Mak Siti

Assalam. Bismillah.

Minggu lepas en suami belikan ikan merah. Almaklum la, wife dan anak dia suka makan ikan. So, dia beli la ikan merah nih sebab teringat kat kitorang. hihi. Memandangkan saya dalam mood diet, so saya rasa masak sup is better. Untuk resepi kali ini, saya gunakan rempah jenama Mak Siti. Okay, jom kita terjah resepi Sup Kepala Ikan Rempah Mak Siti. 



Bahan Bahan
  1. Kepala ikan merah
  2. Bawang besar  1 biji- dihiris
  3. Bawang putih 3 ulas - Diketuk
  4. Cili api
  5. Lobak
  6. Daun Sup
  7. Rempah Mak Siti - dicampurkan dengan sedikit air
Cara Memasak

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga garing. Kemudian masukkan rempah mak siti yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Kacau sehingga garing sedikit kemudian masukkan air. Sukatan untuk air ini ikut atas selera masing masing. Macam saya suka letak sedikit je sebab saya suka rasa rempah sup tu.

Okay kemudian saya masukkan kepala ikan merah. Tunggu sehingga mendidih dan masukan garam, lobak dan cili.

Untuk hiasan taburkan daun sup dan juga bawang goreng. Dah siap. Mudah jer kan. Jasmeen makan menambah 2x dan saya pulak habiskan sup nih..hihi. Nampak sangat sedap. 

Kalau nak tengok video pon ada. Follow jer cara memasak nih. Mesti sedap sama macam saya masak.. hoho.

Video cara memasak Sup Kepala Ikan Merah Rempah Mak Siti

Selain daripada rempah sup ikan, ada lagi rempah lain sebenarnya. Dekat rumah ada beberapa stok rempah mak siti. Sekarang ni kerja saya lagi mudah la. Guna rempah mak siti jer kalau nak masak dengan cepat. Tak payah menumbuk bagai.. So inilah stok yang saya ada.. Banyakkan? So kalau korang semua rasa baru nak belajar masak, atau nak cuba rempah baru, saya cadangkan guna sahaja Rempah Ratus Mak Siti. Insyaa Allah. Sedap lauk korang nanti. hihi

Senarai Rempah Mak Siti

Macam mana nak dapatkan rempah ratus  mak siti? Korang boleh je dapatkan di Tesco, Jusco, Aeon Big, Hero, Sogo CS Brother dan dekat kedai runcit yang berdekatan dengan rumah korang semua. Tapi, kalau korang nak beli online pon boleh jugak. Lagi mudah keja korang semua kan? So, boleh tengok details di bawah ini.

Website : www.maksiti.com
WhatsApp : 017 3309 330  

Okayla. Cukupla resepi untuk hari ni. Petang ni nak pikir nak masak apa pulak untuk malam nanti. Kalau nak tau resepi lain yang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti, korang boleh tengok resepi di bawah ini.


Selamat mencuba semua. 


Post a Comment

4 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)