Bora-Bora : Pantai Tercantik Di Dunia?



Bismillah,

Rata-rata bila aku bertanyakan pulau mana yang paling cantik di dunia, kawan-kawan aku akan pilih Bora Bora. Kenapa Bora Bora? Jangan tanya pada aku sebab aku tak tahu bagaimana nak gambarkan kecantikan dunia yang ada pada Bora Bora. Lebih baik korang lihat sendiri. Tak hairanlah ia berada di dalam senarai pulau paling cantik dan ada yang mengatakan Bora Bora itu sendiri merupakan pulau tercantik di dunia.


Saiz pulau Bora Bora ini hanya 30 km persegi dan berada di dalam jajahan kolonial Perancis dan tergabung di dalam Negara Kepulauan Polinesia Perancis. Pulau ini dikelilingi oleh lagun dan susunan batu karang dari Lautan Pasifik yang membuatkan pulau ini kelihatan cantik secara semulajadi. Batu karang tersebut juga bertindak sebagai pelindung daripada menerima hentaman ombak terus ke pulau dan lama kelamaan membentuk struktur pantai dan geologi yang cantik.

Pada bahagian tengah pulau ini terdapat gunung berapi yang tidak lagi aktif iaitu Gunung Pahia dan Gunung Otemanu. Mengikut sumber, pada tahun 2008 populasi penduduk yang tinggal di situ dianggarkan sebanyak 8880 sahaja. Kebanyakan mereka masih memilih nelayan dan bertani sebagai sumber rezeki mata pencarian mereka.


Kini ekonomi penduduk setempat mula dijana melalui industri pelancongan bertaraf dunia. Di sana juga tiada disediakan pengangkutan awam. Kita boleh memilih sama ada menaiki kereta sewa ataupun dengan berbasikal jika hendak bergerak ke mana-mana. Terkenal dengan kata nenek moyang Polinesia mereka 'aita pea pea' yang bermaksud 'jangan bimbang', menjadikan mereka sebab masyarakat yang sangat peramah dan baik budinya lebih-lebih lagi bila menerima kehadiran pelancong yang memilih Bora Bora sebagai destinasi pelancongan mereka.

Sebab kecantikan kepulauan Bora Bora inilah yang menyebabkan ia berada di dalam senarai lokasi percutian aku selain Levanzo, Sicily. Di Bora Bora tu ada banyak resort yang terkenal seperti Bora Bora Pearl Beach Resort dan Four Season Resort Bora BoraPaling murah adalah di Hotel Maitai Polynesia RM692 / hari.  Jika korang semua ingin mendapatkan kupon dan rebat lebih murah, korang boleh KLIK SINI.



Bora Bora menjanjikan kepuasan dan percutian yang korang inginkan lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang memilih lokasi untuk berbulan madu. Di sana bukan syurga membeli belah, tiada bangunan tinggi-tinggi atau mereka yang mencari hiburan. Di sana hanya ada ketenangan, kecantikan alam semulajadi dan mereka yang ingin merasai pengalaman memberi ikan jerung dan ikan pari makan di dasar laut. Kebanyakan pelancong lebih berminat untuk memilih dan menyertai aktiviti air seperti scuba diving dan snorkeling.



Pantainya yang bersih, lagunnya yang jernih dan chalet-chalet resort dibina di atas air yang membiru yang dibawahnya tersusun ribuan jenis batu karang dan hidupan akuatik yang tak dapat kita temui di tempat lain. Jika korang dari Tahiti, korang boleh pergi ke pulau Bora Bora dengan menaiki Tahiti Air kerana Tahiti Air menyediakan penerbangan ke pulau tersebut sebanyak 5 ke 6 kali sehari dan mendarat di Lapangan Terbang Bora Bora di Motu Mute.



Aku janji pada diri sendiri, kalau ada rezeki aku akan bawa keluarga aku pergi ke pulau Bora Bora. Tak mustahil ia juga akan menjadi destinasi pilihan seisi keluarga korang nanti.

Gambar sumber Google

Post a Comment

2 Comments

  1. Bestnya kalau dapat bercuti Kat Bora Bora Island ni :)

    ReplyDelete
  2. I'm planning to visit Bora-Bora and Thank you for sharing wonderful places to visit in Bora-Bora it very much helpful to me. https://www.couponkoz.my/category/travel

    ReplyDelete
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)