Grilled Butter Chicken Katsu Henshin - THE CHICKEN RICE SHOP. Memang Padu!


Assalam. Bismillah.

Hai semua. Harini zati nak share menu terbaru yang ada di The Chicken Rice Shop iaitu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin. Untuk menu ini, ianya bermula 7 November 2022 hingga 8 Januari 2023 di semua outlet TCRS.

Bila dapat tahu menu ni dah ready kat semua outlet, memang tak sabar nak cuba. Punya la eksaited terus pergi ke Ioi City Mall Putrajaya. Tapi malangnya dah habis. Padahal awal lagi masa kami pergi tu. Adoi. Cepat betul korang cuba yer. Hihi. So esokkannya lepas balik kerja terus pergi ke outlet di Tesco Kajang pula. Nasib la masih ada lagi. Kalau tak memang kempunan la. 😊

Untuk set ni, family zati decide untuk ambil Set B. Ini pon dah mengah nak habiskan. Korang tengok la menu kitorang ni. Banyakkan kan. Lagi satu untuk promo  Grilled Butter Chicken Katsu Henshin, ianya didatangkan sekali dengan air Passion Henshin. Rasa masam manis ni memang sesuai la makan dengan butter chicken nih.

Haaa. Lagi satu yang menarik, TCRS juga akan mengadakan cabaran #GBCKatsuHenshin diplatform media sosial mereka di mana peminat-peminat TCRS berpeluang memenangi baucar TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di cawangan-cawangan TCRS yang berhampiran. 


So jom kita cuba menu Grilled Butter Chicken Katsu Henshin di  semua outlet The Chicken Rice Shop. Dan jangan lepaskan peluang untuk join contest yang diadakan.

Jemput makan semua. Bismillah 😊


WEBSITE 

FACEBOOK

INSTAGRAM

Post a Comment

0 Comments