K-Crunch Marrybrown -citarasa Korea : Sedap Betul!

 Assalam Bismillah..


Guyzz, korang wajib rasa menu terbaru di Marrybrown nih. Walaupon menu dia berkonsepkan korea, korang akan suka sebab rasa pedas manis dia sangat diterima oleh tekak melayu. Rasanya ini 1st time kami rasa makanan fast food yang menggunakan sos korea yang sangat sedap. 


Haaa. tak ada mukadimah langsung zati terus suruh korang rasa yer. Sebab memang sedap sangat. Tapi untuk kanak kanak tidak sesuai. Sebab Jasmeen yang tahan  pedas tu pon, tak boleh nak tahan. Dia punya tahap pedas tu memang pedas. tapi pedas nak makan lagi. hihi. Insyaa Allah akan repeat order lagi.


Okay now kita fokus menu apa yang ada di Marrybrown yang berinspirasikan sos korea ini. Seperti budaya K-Pop yang menarik dan mengasyikkan, menu K-Crunch merupakan hidangan sensasi yang diperbuat dari bahan-bahan berkualiti untuk menghasilkan citarasa sentuhan Korea dengan sempurna. 


Penggemar kini boleh seakan merasakan keindahan Seoul hanya dengan menikmati hidangan K-Crunch Chicken Combo yang didatangkan dengan 2 ketul ayam rangup, bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz berperisa “yuzu” dan markisa yang menyegarkan, harga bermula dari RM20.90. Bagi penggemar burger, dapatkan kelazatan K-Crunch Chicken Burger Combo yang dihidangkan bersama kentang goreng dan minuman K-Fizz, harga bermula dari RM16.90.


Sebagai alternatif, jika anda meinginkan hidangan menyelerakan dengan sedikit kelainan, Kimchi Rice Bowl Combo yang berharga dari RM13.10 adalah pilihan yang terbaik. Hidangan yang dilimpahi dengan Sos K-Crunch yang pedas dan manis akan membuat anda meminta lagi! 


Jika anda mahu menikmati kesemua menu, K-Crunch Box Meal adalah pilihan yang ideal! Dengan harga bermula dari RM26.50,lengkap dengan K-Crunch Chicken Burger, 1 ketul K-Crunch Chicken, 2 ketul Chicken Dumpling, kentang goreng dan minuman K-Fizz. Peminat juga boleh menambah K-Crunch Chicken Dumpling and Cheesy Sausage yang berharga dari RM7.90 untuk hidangan yang lebih memuaskan. 


Jom kita mulakan pengembaraan Around the World sambil berSarang-K bersama Marrybrown, Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar dan paling popular di Malaysia. Tersedia di semua cawangan Marrybrown di seluruh negara, rakyat Malaysia kini boleh mengucapkan annyeong dengan menu K-Crunch Marrybrown - hidangan berinspirasikan Korea yang akan menggamit selera dengan keenakan gabungan rasa pedas dan manis.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, MB App, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:


Website : https://marrybrown.com/

MarrybrownAPP : https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook : Marrybrown Malaysia

Instagram : https://www.instagram.com/marrybrownmy/



Kami sekeluarga dah cuba. Anda bila lagi. 





Post a Comment

0 Comments