Berbuka Puasa Dengan Menu Baru di The Chicken Rice Shop : Ayam Sedap Baq Hang

 Assalam. Selamat berpuasa semua.


Macam mana rutin berpuasa tahun nih? Dah boleh sesuaikan masa dengan kerja dan keluarga tak? Ke hari hari masih kelam kabut lagi? hihi.

Tahun ni kita masih menunaikan ibadah puasa dalam suasana MCO lagi. Insyaa Allah doakan semua ini akan berakhir tidak lama lagi. Actually dengan keadaan sekarang nih, ianya agak mencabar jugak la untuk menyediakan makanan untuk keluarga tersayang. Nak pergi bazar tak boleh ramai ramai. Biasanya ambil anak sekolah terus pergi bazar, sekarang dah tak boleh macam tu. Kanak kanak tidak dibenarkan masuk. So nak singgah pon susah kan? bagi mak ayah yang berkerjaya, keadaan ini sangat merumitkan.

Jadi dengan ini zati nak cadangkan kepada awak semua supaya berbuka puasa la di The Chicken Rice Shop. Bukan sekadar nasi ayam. ( siapa baca sambil nyanyi) hihi.

Kenapa zati suggest The Chicken Rice Shop? Sebab dia ada menu baru yang letoppps. iaitu menu " Ayam Sedap Baq Hang" . ini sambil makan kita cakap, sedap baq hang, mertua lalu depan tak perasan. hihi. By the way, apa menu  " Ayam Sedap Baq Hang"?

Ayam Sedap Baq Hang ini ialah ayam yang diperap dengan pelbagai rempah, kemudian dipangang dengan sempurna, dan disaluti sos yang memukau dan kemudiannya dihiasi dengan daun kari dan juga cili kering sebagai penambah rasa dan rupa. hihi

Rasa dia yang sangat sedap, dipadankan lagi dengan sup panas, sayur pak choi  with sos tiram yang sedap dan didatangkan khas juga air Dino Choco Malt. Perghh. the best combination food. wah gittew. terus cakap omputeh. hihi. Tapi nak bagitahu, menu ini limited edition. Hanya akan disediakan bermula 9 April sehingga 13 Jun 2021.

Seperti biasa, tempat The Chicken Rice Shop adalah sangat selesa, menu pon sedap dan memang sesuai untuk seisi keluarga. Jika membawa keluarga yang besar, boleh add on menu lain ataupon mengambil set yang lain seperti brochure di bawah ini.


Jom guys, tunggu apa lagi. Jom iftar dengan Ayam Sedap Baq Hang by The Chicken Rice Shop.



Post a Comment

0 Comments