Meginap Di Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam

 Assalam. Bismillah.

Alhamdulillah. Masih berpeluang untuk menulis. Actually banyak cerita nak dikongsi dalam blog nih tapi busy memanjang. So kali ni ada mood sikit nak story pasal staycation kami sekeluarga di Shah Alam. Kami duduk di Kajang, tapi saja bawak Jasmeen pergi tido hotel. So bincang dengan husband, why not kita pergi stay dekat Shah Alam. Hmmm. Padahal puan isteri nak mengimbau kenangan lama dekat sini. hihi. Boleh cerita dekat meen, ni Uitm babah, tempat babah study. Ni pulak tempat ibu suka shopping. hihi.

Ini suprise untuk Jasmeen . So kami decide stay dekat Hotel De Art Seksyen 9 di Shah Alam. Sebelum ni kami dah pernah stay di Hotel De Art jugak, tapi seksyen lain la. Best nya hotel ni sebab design dia. Ni antara hotel yang cantik bagi zati. Kata art kan? so hotel ni berseni la. Ada karya lukisan dekat luar hotel, dalam dia semua la. Memang cantik. Nanti zati belanja gambar yer. hihi.


Antara kelebihan Hotel De Art  ini ialah, harga dia sangat mampu milik yer. Boleh dikatakan hotel bajet jugak. Tapi kemudahan yang disediakan sangat berpuas hati. Contohnya, harga bilik di hotel De Art ini bermula dari RM 88 hingga RM 248 semalaman. Ianya bergantung mengikut bilik yang kita pilih.

Zati pilih Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam sebab lokasi dia sangat strategik. Nak tahu kenapa? Sebab sekeliling hotel ini penuh dengan kedai. Semua kedai ada. Kalau lapar, boleh makan KFC, Secret Receipi, Family Mart, Dominoz dan banyak lagi. Kiranya korang tak akan lapar la. hihi. Kalau tiba tiba tak sihat, pharmacy depan hotel jer. Tiba tiba anak merengek pulak nak jajan la coklat la. Hmmm, depan hotel ada kedai runcit. Ya Allah. lengkap betul la. So memang perfect lokasi hotel nih.



So now kita cerita dalam bilik hotel pula. Seperti hotel lain juga, ianya dilengkapi dengan penghawa dingin, water heater, pemanas air, tuala dan TV. Jasmeen memang seronok la tidur dekat hotel nih. Sambil baring, sejuk sejuk, layan tengok tv. hihi.

Actually Hotel De Art ni ada 5 cawangan iaitu di Seksyen 7, Seksyen 19, i-City, USJ 21 dan di Sekysen 9. So pilih sahaja cawangan mana yang nak, yang pasti semua tidak mengecewakan.


Nak tahu lebih lanjut tentang Hotel De Art Seksyen 9 Shah Alam, boleh refer maklumat di bawah ini.


Contact No : 603-58887890

email : info9@hoteldeart.com.my

Alamat : 9/G, 26, Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor

FACEBOOK

INSTAGRAM

WEBSITE




Post a Comment

0 Comments