Nasi Lemak MarryBrown PERCUMA Seluruh Malaysia

 Assalam. Bismillah.

Hai semua. Harini dah nak gerak balik ke Kajang selepas bercuti hari raya di kampung. Tengah breakfast tiba tiba en suami share yang MarryBrown nak bagi Nasi Lemak secara percuma di semua cawangan yang terlibat di seluruh Malaysia. Zaaaas otak berfikir, dekat mana nak dapatkan nasi lemak percuma Marrybrown nih? Nasib teringat ada cawangan di Muadzam. hihi.


So kami sampai dalam 9.30 pagi macam tu. Orang tak ramai sangat. Yerla musim raya kan, maybe diorang pakat makan rendang lagi kot. Kira rezeki kami la. hihi. Disebabkan awal, kami order la churros dulu sementara layan Jasmeen main buai. Ni la kelebihan Marrybrown yang jasmeen suka sangat. Nak duduk dekat buai. hihi.



Okay. Alhamdulillah. Kami dapat 3 box nasi lemak marrybrown dengan air milo. Ni nasi lemak ayam goreng crispy taw. Ayam memang sedap. Dia ada nasi lemak, sambal, kacang, timun dan papadom. Perghhh. Kami tapau bawak balik sebab nak elakkan jem balik kajang. Untuk nasi lemak percuma nih, kita akan dapat mengikut kedatangan kita la. macam zati bertiga, so dapat 3 la. Nak lebih sila bayar okay. huhu.


So kalau korang nak boleh dapatkan di cawangan masing masing. Tapi kena cepat la sebab Marrybrown hanya menyediakan 10,000 set sahaja di seluruh cawangan yang mengambil bahagian. Bermula jam 10 pagi ke atas ( ikut atas persediaan outlet).


 

Terima kasih Marrybrown. Terima kasih daun keladi. Kalau buat promosi, bagitahu kami lagi. hihi.




Post a Comment

0 Comments