Tempat Cuci Kereta Di Kajang

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Hari zati nak share pasal satu tempat cuci kereta di Kajang. Nama kedai dia adalah Avenue Car Spa di Kajang Perdana. Landmark dia adalah Mc Donald Kajang Perdana atau kedai ECO RM 2, TTDI Kajang.


First time suami buat  masa hari raya haritu. Lepas basuh tengok bersih dia lain macam. Pergi kedai biasa cuci kereta memang bersih. Tapi ini lagi bersih. Wangi lagi tu. hihi.

Bila sakit mata tengok keadaan kereta comot sangat, memang tuju terus dekat tempat cuci kereta ini lah. So far yang zati tahu, owner tempat cuci kereta ni orang melayu. husband dia india Muslim. Masa datang pon pasang zikir. Alhamdulillah.

Zati rasa tempat cuci kereta di Avenue Car Spa ni memang bagus. Sebabnya dia cuci memang bersih. Haritu masa zati tengok, 2 3x jugak la diorang dok vaccum. Pekerja pon okay dekat sini. Basuh bersih bersih orang kata. Last sekali diorang akan spray febreeze. 


Harga adalah berbeza untuk setiap kereta yer. Zati pakai pesona so RM 15. Semalam nak cuci enjin sekali so topup lagi RM 10. Disebabkan tengok sendiri cara diorang basuh, dengan harga sedemikian iols okay jer. Berbanding kalau basuh RM 10 tapi zati dok pot pet pot pet tak puas hati, tak guna jugak kan? hihi.


By the way, diorang ada sediakan loyalty card. Cuci kereta kali ke 6 boleh dapat free. So nak cuci kereta di mana? cuci kereta di Avenue Car Spa la. hihi


Post a Comment

0 Comments