Resepi Sambal Petai Tempoyak

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Harini zati nak share satu resepi yang 1st time zati masak. Haaa. zati masal sambal petai tempoyak. Ya Allah. menjadik kejadiannya. Buat nya pulak senang sangat. hihi. Tak mahu bebel panjang.Korang layan resepi sambal petai tempoyak di bawah ni.

sambal petai tempoyak

Bahan bahan sambal petai tempoyak

Bawang besar 1 biji (dipotong )
Cili api 10 ulas ( ikut la pedas masing masing)
Ikan bilis ( sengenggam)
Tempoyak manis ( 3 sudu besar)
Petai
Daun Kunyit  2 helai (optional) (dihiris halus)
Bunga Kantan 1 (optional) (dihiris halus)

Ni dapat tips daripada kawan. Dia kata , kesedapan sambal tempoyak ini terletak pada tempoyak. Katanya kena guna tempoyak manis baru sedap. hihi. nasib dekat rumah ada stock. So boleh la masak. Okay kita terus kepada cara memasak.

Cara memasak sambal petai tempoyak.

Mula mula potong bawang besar tu secara membulat. Tapi tak kisah la bulat ke, potong macam biasa ke, janji potong. hihi. Kemudian tumbuk cili api sampai lumat, kemudian masukkan ikan bilis. tumbuk bagi halus halus sikit. lepas tu campurkan tempoyak dalam lesung batu tu. letak air sikit.

So dah siap semua baru la start menumis hirisan bawang tadi. Masukkan minyak dan tumis sehingga  layu sikit . Kemudian masukkan cili, ikan bilis dan tempoyak yang kita tumbuk tadi. Goreng goreng kejap then masukkan petai, daun kunyit dan bunga kantan. Kalau bubuh salah satu pon okay. tak kisah sama ada daun kunyit atau bunga kantan. Yang pasti sedap sudah. hihi.

Last sekali rasa apa yang kurang. Macam zati, zati letakkan sikit garam dan juga gula sedikit. ejas sampai sedap. Kalau nampak kering sangat, buh la air, kalau nampak tempoyak sikit ke, tambah la tempoyak lagi. Maaf la, zati memang tak sukat masak masak nih. Main campak campak jer. hihi. bukan la pandai sangat tapi kalau rasa tu sedap, sedap la jadik. hihi. Okay la. selamat menjemput selera.

SELAMAT MENCUBA.

Post a Comment

1 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)