Jom Bercuti di Villa The Cedar Bidor Perak

Assalam.

Bismillah.. Kemain kami sekeluarga pergi bercuti ke Perak. Macam la kat tempat sini tak ada tempat nak release tension bagai.  hihi. Sebenarnya dah janji dengan Jasmeen, kalau dia tiap tiap hari dapat baca buku dan dapat bintang dari cikgu, kitorang nak bawak bercuti. Nak bawak dia pergi swimming pool. Kebetulan pulak si Uzu ajak, apa lagi. kira on la.


Kalau korang nak tahu, Villa The Cedar Bidor Perak ni pernah viral sebelum nih. So kalau benda viral nih kitorang teringin la nak cuba. Tak kisah la makanan ke, tempat ke. Mesti nak cuba.. nampak sangat mudah terpengaruh. Nak tu pulak, husband zati cerita ada makan sedap dekat Bidor, Mee Kari Ramli Bidor, maknanya bertambah onzz la.

Bila sampai di Villa The Cedar Bidor Perak, jasmeen dah tak keruan nak mandi kolam.. Tapi zati macam seriau sikit tengok kolam dia.. Sebab nampak pemandangan hutan rasa macam nak jatuh jer.. Padahal selamat jer uols. Ni kalau dah terjun kolam lagi lupa diri.. ahahaha. Si jasmeen bertambah exited sebabnya villa ni dah la luas, cantik, ada bilik mainan, ada tempat karoke dan macam macam lagi lah.. sangat selesa.

Bila tengok Villa The Cedar Bidor Perak, kami rasa ianya sangat sesuai untuk bawak family ramai ramai, lepak dengan kawan kawan, private party atau mini gathering. Sangat selesa bagi mereka yang inginkan privacy. Dekat sini line telephone memang payah nak dapat.. Tujuannya memang macam tu.. Korang off HP, lepak la dengan kawan. Off social media sekejap. Hilang stress pasal kerja walaupon kerja menimbun. ahaha.


Dekat sini Zati share kemudahan yang ada di Villa The Cedar Bidor Perak.

  • 8 Bilik ( 4 Queen 4 King) - setiap bilik mempunyai bilik air dan tandas
  • 2 Bilik Air ( Di bawah/ bersebelahan dapur)
  • Air- cond
  • Dapur Basah dan Dapur Kering
  • Peralatan Memasak
  • Peti sejuk
  • Bilik Mainan
  • Ruang berehat
  • Tempat BBQ
  • Ruangan Karaoke
  • Kolam Renang
  • Ruang Makan

Nak tahu apa aktiviti kitorang dekat sini? Husband zati lepas sampai disini ambil gambar sesiap semua terus tidur.. Adoi. anti sosial betul.. ahaha.. tak la.. Dia kan drive. Dari KL nak sampai ke  Villa The Cedar Bidor Perak ambil masa dalam sejam lebih. Kebetulan malam tu husband baru sampai dari Terengganu, sebabtu tak sedarkan diri.



Petang tu kitorang membawang sambil mandi kolam la.. Ahaha. bukan membawang pon, masa ni la nak rapatkan ukhwah.. Allahu.. skema habis ayat.. hihi.. Ni semua kawan sporting, layan jasmeen mandi kolam.. Ibunya tak join mandi lagi.

credit pict to mimin 😊

Bila petang sikit kami masak la sesama.. Best jugak macam nih. Masak sendiri, makan ramai ramai. dah macam keluarga. Lagi satu sebab nak keluar ke bandar macam tak berapa rajin, so kitorang masak jerla apa yang ada. Ni kalau pergi travel wajib bawak Sambal Hitam Kak Min.. Memang penambah selera.. Uppss.. teriklan pulak.



Tapi kalau korang nak tahu, area  Villa The Cedar Bidor Perak ni, ada tempat air terjun . Ambil masa dalam 10 minit dari vila.. Zati tak dapat join sebab dah balik ke KL, so kitorang belanja gambar yang masih tinggal disana la yer.



Based on picture and sharing zati nih, agak agak korang nak pergi tak ke sini? Apa yang zati rasa,  salah satu tempat percutian menarik di Perak yang dapat kami cadangkan ialah di Villa The Cedar Bidor Perak. Untuk details tentang harga dan tenpat ini, zati kongsikan di bawah ini.



Harga : 
RM 1100 + RM 2400 ( based on person )

email : thecedarbidor@gmail.com 
Contact : 012 683 9979

Alamat : 
LOT 1852, JALAN PAKU, KG CHANG BIDOR PERAK 35500, MALAYSIA

Waze: The Cedar At Bidor




Post a Comment

0 Comments