Kitchen Port Tempat Makan Tarikan Baru di Bangi/Kajang

Assalam. Bismillah.

Hari ni saya nak share satu tempat makanan yang best di Bangi/Kajang. Sebenarnya ini kali kedua kami pergi ke sini. Kitorang perasan kedai ni pon sebab selalu pergi downtown Jalan Reko dan Econsave. Masa kitorang lalu tu macam tengah baru nak buka. Tengok hiasan dalaman terus terdetik dalam hati, kedai hispter lagi nih..


Kalau dulu saya cuba makan kari ikan merah. Fuuhh.. memang sedap, kari dia pekat. saya bagi 5 bintang untuk kari diorang. huhu. Tak percaya sila cuba taw.. hihi.

So untuk kali kedua ni saya cuba makan yang baru. Menu ini baru diperkenalkan dan paling menarik, menu ini memang sesuai la untuk saya yang acah acah diet nih.. hihi.. 


Ini nama menu dia. Kitchen pot's combo meal with 3 side dishes. 3 side dishes tu boleh pilih ikut selera masing masing. Haritu saya order slice of fruits, mic vege dan french fries. Buah kiwi yang fresh dan saya paling suka mixed vege. Tak tau la dia letak ape, tapi yang pasti ni makanan pertama saya habiskan. Tak silap saya dia ada rasa manis dan masin. Tapi rasa dia sebati. Simple tapi sedap. hihi. Untuk pengetahuan, saya share dengan en suami untuk menu nih.. Nak tau sebab ape? sebab ayam dia besar.. Menu macam ni pon dah boleh kenyang taw. huhu.. 



En suami pulak cuba Lamb Sizzling. Masa sampai dekat meja, sizzling ni berasap lagi taw.. Jasmeen memang tak sabar nak tengok apa yang berasap tu.. hihi. Okay,untuk menu ini, dia ada kambing yang fresh, jagung, baked potato dan sayur. Baked potato ni saya suka sebab dia punya sos tu rasa dia unik. Rasa masam masam sikit macam makan spaghetti.. Sedap, kena dengan tekak saya. 



Jasmeen pulak kami order Kitchen Port Spagetti Cabonara. Jasmeen memang suka cabonara so menu ni memaNg sesuai la untuk dia sebab tak pedas kan? Lepas tu ada pulak ayam yang diperap khas, ada jagung, ada sayur sikit.. So bagi korang yang bawa anak anak tu saya suggest ambil cabonara ini ataupon boleh order kids meal. 



Okay, untuk air pulak saya order orange juice, ice lemon tea, Bonsai Coffee and Cappucino. Bonsai coffee ni presentation dia cantik. Siapa yang penggemar coffe mesti suka air nih. Rase dia tak berapa nak ingat sebab ni air untuk en suami.. hihi.. Untuk Cappucino pulak, kami suka cara buatan dia. Sangat teliti. Mula mula zati minum macam pahit pahit sikit, tapi dah lama lama macam nak order lagi satu pulak. haha.. Saya bukan penggemar coffee so take time nak minum. So far air ni sedap.



Actually, saya pernah terbaca komen yang mengatakan makanan disini agak mahal. Secara jujurnya, at first saya tengok menu dia, saya pon agak terkejut bila melihat harga dia tapi harga dia tak la semahal mana pon. Bak kata orang sekarang standard price atau harga hipster. Sebelum korang menilai harga, apa kata korang semua order dulu, tengok apa yang dihidang. Kali pertama saya datang dulu saya order set kari ikan merah. Bila sampai menu tu, saya terkejut, gila banyak lauk dia, siap request tambah meja. Lauk tu sahaja dah 1 meja taw.. huhu.. Bagi saya, harga makanan Kitchen Pot's tersangat berbaloi dengan rasa, dan presentation makanan. Ini ikut atas anak tekak saya tau. Bagi saya memang sedap.. hihi. Kalau nak baca pengalaman pertama kami makan di Kitchen Pot's ni boleh KLIK DI SINI. Tengok betapa meriahnya lauk pauk disini.. hihi



Sebelum nak tutup cerita nih, korang jangan heran bila korang tengah tunggu makanan sampai, tetiba datang roti bun gebu gebas dengan mushroom soup.. Jangan pelik sebab ini memang free.. Sementara menu berat sampai, korang semua dihidangkan menu yang ringan ini. Untuk hidangan ini, ianya based on code order. Yang ni code M.



Suasana kedai pon sangat best. Dengan decoration kedai yang cantik, toilet yang bersih, lepas tu pelanggan tidak dibenarkan merokok di dalam kawasan tertentu. Bagus la diorang buat macam ni. sebab saya memang terganggu kalau orang merokok nih. So kat sini sangat sesuai bawak anak anak, bawak family.



So kalau korang ingin cuba atau ingin pergi ke kedai makan nih, korang boleh refer details di bawah ini.


Kitchen Pot's
18G Jalan Reko Sentral 8
Reko Sentral, Kajang. 
Tel : 0387308831


Landmark
Berdekatan dengan stesen Petronas
Berhadapan dengan pasaraya Econsave
Berdekatan downtown Jalan Reko





Post a Comment

6 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)