CHIA SEEDS MAMPU MENGURANGKAN BERAT BADAN


Assalam.

Sebelum ini ramai yang update di facebook mengenai Chia Seeds. Ingatkan biji selasih tapi rupanya bukan. Nampak sama tetapi khasiat berbeza.

Hari ini kali pertama minum air masak yang direndam dengan chia seeds. Rasa air sama sahaja, tidak pahit. Cuma apa yang menarik ialah, ianya mengenyangkan. So, rasanya lepas ni minum jer la.. mana tau boleh kurus ker.. hihi.. Tapi dinasihatkan agar pengambilan hanya sesudu kecil teh sahaja sehari. 

So, saya nak kongsikan kelebihan yang terdapat pada chia seeds ini. 









  •   MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN


 Selepas direndam dalam air, Chia Seeds akan berkembang saiznya sehingga 10 kali ganda dan akan menjadi membran di dalam perut supaya melambatkan proses penyerapan karbohidrat dalam perut. Chia Seeds akan menghasilkan rasa kekenyangan dan membekalkan tenaga badan serta mengelak semua kesan sampingan dalam proses perlangsingan. 



  • MENGAWAL PENYAKIT KENCING MANIS
Keistimewaan Chia Seeds membentukkan gel yang memanjangkan masa penghadaman. Ini baik untuk menstabilkan gula darah serta menggelakkan kenaikan gula darah selepas makan. Ia mempunyai kesan yang tertentu untuk mencegah dan mengawal penyakit kencing manis.


  •  MENGUATKAN FUNGSI JANTUNG
EPA (Asid Eicosapentaenoic) yang terdapat di dalam Omega-3 memberi kesan yang baik dalam sistem pembersihan saluran darah dan mencegah serangan jantung. 


  •   MEMBEKAL TENAGA
Chia Seeds yang telah menyerap air mempercepatkan proses pencernaan dan penyerapan. Ini akan memudahkan proses organisasi nutrisi untuk penggunaan sel badan. Ia juga dapat mencegahkan dehidrasi dan menyeimbangkan elektrolik dalam badan. Selain daripada itu, ia juga baik untuk wanita mengandung, wanita menyusu bayi, atlet, ahli bina badan dan mereka yang sedang berdiet.


  •  ANTI-PENUAAN
Omega-3 di dalam Chia Seeds bukan sahaja mengandungi fungsi antioksidan tetapi dapat mempertingkatkan keanjalan kulit dan mengawal wajah agar sentiasa muda.


  • MEMBANTU MENCEGAH SEMBELIT
Chia Seeds yang mengandungi selulosa yang tinggi bantu membuangkan toksin dalam badan serta mempertingkatkan metabolisme.







*Sumber *   http://bijichia.blogspot.my









Post a Comment

0 Comments