Cuba Menu Baru di The Chicken Rice Shop : Flaming Koli

 Assalam. Bismillah.


Alhamdulillah. Hari ni mood nak share pasal The Chicken Rice Shop. Dah kenapa nak cerita tiba tiba nih? hihi. Sebenarnya dah lama kami tak pergi makan dekat sini. Haritu nak pergi beli barang dekat tesco, dah alang alang dekat situ, kami decide la nak makan dekat The Chicken Rice Shop. Sebabnya ada menu baru. Flaming Koli, bersempena dengan menyambut Deepavali tidak lama lagi.

Menu ni limited time, hanya ada dari 21 September sehingga 15 November 2020 jer dan hanya available pada waktu makan tengah hari sahaja. Harga pulak bermula RM 16.90. 

Okay jugak The Chicken Rice Shop sediakan menu Floaming Koli nih. Sebab menu ini berasaskan masakan  india. Jadi nya ramai la yang boleh cuba menu ini yang semestinya menggunakan pelbagai jenis rempah ratus. So apa yang boleh zati describe, ayam dia goreng garing taw. Ayam goreng bersalut tepung, kemudian kalau tak silap macam ayam kicap sikit tapi istimewanya rasa rempah tu la. Kombinasi rempah tu memang ngam. 

Alaaa, nanti korang rasa, korang tahu la macam mana. hihi. Paling best ayam yang kami dapat tu besar taw. So satu makan sana, satu lagi bawak balik. Kenyang oi. Selain ayam tu kita akan dapat sayur pak choy dan sup.Nak tambah yang lain pon boleh, based on set yang kita pilih tu la.


Okay. selamat menjamu selera semua. So far menu di The Chicken Rice Shop ni tak pernah mengecewakan.

okaaay. See u o next entry. hihi. 


fb: https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Website : https://www.thechickenriceshop.com/

Post a Comment

0 Comments