Resepi Kuih Cara Berlauk

Bismillah. Alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk menulis. Lama sangat menyepi nih. hihi. Okay la. Kita proceed terus resepi kuih cara berlauk sedap dan simple

kuih cara berlauk


BAHAN BAHAN.

Tepung gandum
Santan
Garam
Pewarna Kuning

Daging cincang 
bawang besar ( cincang halus)
bawang putih ( cincang halus)
serbuk rempah  kari 4 sudu besar
garam gula secukup rasa.


Cara Cara buat Kuih Cara Berlauk

Mula mula kita masukkan tepung gandum, santan dan garam ke dalam blender. Tiada sukatan, hanya agak agak sahaja. Tips nya adalah mengikut adunan lempeng. Macam mana korang buat lempeng, haa macam tu la kejadiannya. yang penting guna santan. Lepas tu tambahkan pewarna kuning. Kalau nampak macam pekat, boleh je tambah sikit dengan air.

Untuk inti pulak, kita tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing, kemudian masukkan rempah kari. Kalau daging kisar banyak, boleh letak rempah kari banyak. kena bajet ikut daging kisar yer. 

Kemudian dah garing sikit letak terus daging kisar. Saya memang tak letak air sebab daging kisar itu sendiri akan keluarkan air. Then masukkan garam gula. Masak inti daging ini sehingga kering.

Cara nak masak senang jer. Panaskan acuan, sapukan minyak guna daun pandan, kemudian curahkan adunan tepung ke dalam acuan, kemudian taburkan 2 sudu kecil inti daging dan taburkan daun sup dan cili besar sebagai perhiasan. Guna api perlahan dan tutup bekas acuan tu.

Okay. Dah siap. Nanti kalau rajin saya buat video yer. hihi. selamat mencuba. 

Post a Comment

0 Comments