Tips Hilangkan Batuk

Assalam. Bismillah

Sekarang bulan Syawal. Macam macam kita makan kan? jadi kesihatan perlu dijaga. Jangan jadi macam zati. Dari sebelum raya dah batuk. Dia punya batuk tahap kritikal la sebab susah nak solat. Jenis batuk terkucil tu. Siapa yang pernah alami jer tahu betapa azabnya bila gatal tekak tu datang.

Balik kampung suami pulak kena. Bila malam jer batuk makin menjadi. Kiranya waktu malam kami berduet la lawan batuk. huhu. seksa weh nak tidur.

Actually zati ada 2 petua macam mana  hilangkan batuk dan sakit tekak. Petua yang pertama ialah dengan menggunakan sireh. Petua hilangkan batuk ni di ajar oleh abah zati. Tak tahu la dia dapat mana. Tapi suami kata berhasil.

Caranya ambil sehelai sireh, kemudian letakkan satu sudu kecil gula.Lepas tu lipat dan makan. Tapi sebelum tu selawat 3x. Lagi bagus buat 3x sehari. Suami kata lepas makan dia rasa macam lega. Zati tak makan sireh sebab tahu dia tak sedap. Tak sanggup nak makan. huhu.

gambar google

Petua kedua untuk hilangkan batuk dan sakit tekak adalah minum air barli suam. Zati buat ni 2 hari sahaja. Tapi zati minum tanpa gula. Kalau korang nak buh gula sedikit pon okay. Zati dapat tips ni  masa kena tonsel dulu. Kawan  suruh amalkan air nasi. Masa nasi tengah menggelegak mendidih tu, ambil air dia dan minum. Bila minum rasa macam air barli. 

Rasa macam payah sangat air nasi tu, zati buat la air barli.. Berhasil dengan zati. Alhamdulillah.
Kita mencuba sahaja. Ubat juga kena makan. Zati cuba ni sebab ubat batuk dah 2 botol, strepsil dah makan, gula gula hacks dah makan. Tetap tak jalan.. Asbab air barli batuk zati kurang. Alhamdulillah.

So far zati rasakan tips hilangkan batuk dengan barli suam ini sangat menjadi. Zati harap korang juga berhasil. Insyaa Allah.. kita cuba.. Allah yang menyembuhkan.


Bye semua.. selamat hari raya =) 

Post a Comment

4 Comments

Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)