RoboThink Pertama di Malaysia di Centrepoint Petaling Jaya

Hai semua.. musim cuti sekolah sekarang so apa planning kita as a parents? Ada yang balik kampung, bawa anak pergi bercuti Dan macam macam lagi kan?


Harini zati nak suggest satu aktiviti yang menyeronokkan.. Siapa disini anak dia seorang yang kreatif dan jenis tak berputus asa. Zati suggest korang pergi ke Robothink Malaysia.



Apa Robothink Malaysia nih? Sebenarnya ia adalah satu program edu-tainment untuk kanak kanak. Program in adalah pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar pelajar menggunakan set robotik untuk mereka dan membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi.



Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan prose's pendidikan. Program Robotik Dan Coding yang menyeronokkan dengan Robothink membolehkan jurutera, pakar mekanikal dan jurubina masa hadapan seawal usia 5 tahun mendalami dunia STEM yang penuh keseronokan. 



Robothink menyediakan 3 program berlainan untuk pelajar mengikut peringkat umur. Yang pertama adalah Robothink Junior Programme. Ianya direka untuk pelajar dari usia 5 ke 7 tahun. Ia menggabungkan Robotik Dan Coding dengan software yang mudah difahami. Terdapat 3 tahap dengan 12 topik pembelajaran until setiap tahap.




Yang kedua adalah RoboThink Robotic Programme. Ianya untuk pelajar yang berumur 8 tahun ke atas dengan lebih 100 model binaan dalam pelbagai bentuk, saiz,fungsi dan tahap kesukaran. Pelajar tidak perlu membina sesuatu model lebih dari sekali. Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.


Dan yang terakhir ialah pelajar yang berusia 8 tahun ke atas boleh memilih RoboThink Coding Programme yang merangkumi 'programming' Dan Bahasa computer.




So masa zati dan Jasmeen pergi ke Robothink ni kitorang sempat mencuba beberapa permainan menggunakan robot. Hihi. Teruja jasmeen.. Lepas tu ada sesi praktikal.. apa lagi jasmeen sempat la belajar mereka bentuk dari barang Robothink ini.. seronok jugak.. dia ada  daya usaha untuk cipta sesuatu.


Kalau korang juga berminat nak bawa anak anak pergi ke sini, boleh tengok details di bawah ini

Alamat : 
RoboThink Bandar Utama
Lot S8, 2nd Floor Centrepoint 3 Lebuh Bandar Utama. Petaling Jaya

Website : www.robothink.com.my

Facebook : Robothink Malaysia


Instagram : @robothinkmalaysia

Contact : 0147183988

Berseronok Bersama Keluarga di The Adventurers Web Aeon MALL Nilai Seremban

Assalam. Bismillah.

Hai semua. Cuti sekolah dah nak bermula kan jadi dah rancang nak bawa anak ke mana?  So entry kali in zati nak ajak korang semua bawa anak anak sekali pergi ke Aeon MALL Nilai Seremban, Negeri Sembilan. Sebab disitu ada pusat tarikan yang terbaru iaitu The Adventures Web.


Apa yang menarik sangat The Adventures Web di Aeon MALL Nilai ini? Haaa. Kalau korang nak tahu, dalam ni ada pelbagai aktiviti menarik. Dia ada 3 laman interaktif. Antaranya ialah Dinasour Rangers, Mini Science and Technology Discovery Centre Dan Monster House.





Yang ni bukan anak jer excited. Mak ayah pon excited sekali. Hihi. Contohnya macam  Dinasour Rangers ni memang best. Korang boleh join raptor maze, kart ride dan boleh mengenali Dinasour lebih dekat lagi. Paling excited, masa di bahagian ini korang boleh lepak sambil jumpa Dinasour. Huhu. Kita boleh bagi Dinasour 'makan' taw. Kalau nak tahu sila datang la ke The Adventures Web ni. Selain itu ada game sikit. Cari telur Dinasour. Tapi hati hati ketika mencari, takut ada Raptor sedang memerhati. Yang ni memang fun. Mesti anak korang suka nanti.




Then Kita masuk pulak ke Mini Science and Technology Discovery Centre di The Adventures Web di Aeon MALL Nilai. Yang ni anak anak akan teruja dimana mereka menyediakan tempat untuk mereka bermain sambil belajar. Masuk jer sini mesti mereka teruja bila melihat robot menari, reverse bungee, kinetic sand yang boleh design macam macam dan banyak lagi. Anak kompem suka la. 





Okay last sekali yang menarik di The Adventures Web di Aeon MALL Nilai, mereka ada menyediakan rumah hantu, Monster House. Dekat sini tak ada hantu yang akan kacau yer.. Semuanya costume dan patung sahaja.. Tapi walaupon patung terjerit jugak la sebab terkejut.. hihi.


So kalau korang nak mencuba taman interaktif The Adventurers' Web ni, ia akan dibuka sepenuhnya kepada para pengunjung pada Sabtu, 23 Mac 2019 di AEON MALL Nilai. Korang juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan diskaun sempena pembukaannya nanti. Sebanyak 200 tiket akan diberikan secara PERCUMA malah pengunjung yang melawati The Adventurers' Web ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.


Korang boleh dapatkan tiket untuk tiga-tiga laman interaktif yang ditawarkan di The Adventurers' Web ini pada harga promosi RM25 sahaja berbanding harga sebenarnya RM49. Harga ini hanya untuk tiket early bird yang boleh didapati di kaunter The Adventurers' Web dari 18 hingga 21 Mac 2019 dan bagi pemegang kad AEON Credit Service, korang layak mendapat potongan harga sebanyak 30%. Ia dibuka seawal 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.

Layari info di bawah until keterangan lanjut


AEON Mall Nilai,
No. 2, Persiaran Pusat Bandar
Putra Point, Putra Nilai
71800 Nilai, N9

Contact
Monster House : +6011 1643 6050
Dinosaur Rangers : +6012 657 4912
Mini Science & Technology Discovery Centre : +6017 672 6385


Majlis Penyerahan Bendera Malaysia Autism Foundation




Baru baru ini zati berpeluang untuk menghadiri Majlis Penyerahan Bendera serta kelengkapan pendakian yang telah dianjurkan oleh Malaysia Autism Foundation yang bertempat di Kota Seriemas Glof & Country Nilai Negeri Sembilan. Majlis ini juga dihadiri oleh exco Pembangunan Luar Bandar YB Haji Ismail Ahmad. Pendakian Yb Bakri (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani) ini akan disertai oleh rakan karib beliau Tn Haji Che Kamaruddin Mamat yang berusia 67 tahun



Masa diberitahu tentang ini, zati agak terkejut sebab di usia ini mereka mempunyai stamina yang sangat kuat untuk mendaki gunung everest. Untuk pengetahuan korang jugak, mereka ini mampu menjalankan aktiviti harian tanpa ubat ubatan. Mereka ada cara dan penasihat perubatan mereka sendiri.



Semasa majlis ini berlangsung, Malaysia Autism Foundation, diwakili oleh Pengasasnya iaitu YBgh. Dato’ Dr Sukarno Wagiman telah menjelaskan bahawa Malaysia Autism Foundation yang telah mendapat kelulusan penubuhannya dari Jabatan Perdana Menteri akan berfungsi untuk memantapkan lagi institusi-institusi Autism yang terdapat di Malaysia dan akan menjadi pendokong utama kepada Pusat Pembangunan Autism yang kini sedang di peringkat akhir penubuhannya. Untuk pengetahuan semua, Pusat Pembangunan Autism ini akan berperanan untuk mencungkil bakat-bakat pengidap autism untuk diketengahkan di peringkat tertinggi.

Dato’ Dr Sukarno Wagiman

Kalau ikutkan, Malaysia Autism Foundation berhasrat untuk turut serta dengan menaja salah seorang pengidap Autism untuk mendaki ke Everest Base Camp (EBC) ini. Namun, rancangan ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu untuk membolehkan persediaan yang lebih rapi dibuat. Insyaa Allah nanti kita akan dapat lihat anak autism mampu untuk menakluk puncak gunung everest.


Sementara itu, bendera dari JA Wellness telah disampaikan oleh Pengarah Urusan JA Wellness, En. Mahalil Aisha. JA Wellness adalah sebuah pusat pemulihan penyakit-penyakit kronik yang mengamalkan teknik penyembuhan tanpa ubat-ubatan kimia, sebaliknya mengesyorkan kaedah penyembuhan alternatif berasaskan herbal serta terapi bukit (Hills Therapy). Selama ini kita hanya fikir, kalau sakit makan ubat kan? Tapi jangan tak tahu yang ada alternatif lain yang kita boleh cuba.


Dalam majlis yang sama juga , Malaysia Outdoor Recreation United (MORU) yang di wakili oleh Ketua Pengarah Operasinya En Khairil Zaibuddin turut menyerahkan kelengkapan-kelengkapan pendakian yang berupa Jaket Kalis Cuasa (Down Jacket), Seluar Kalis Cuaca (Goretex) serta T-Shirt yang akan digunakan oleh YB Bakri pada pendakian kelak. Menurut En Khairil, Jaket serta Seluar Kalis Cuaca (weather proof) ini mampu bertahan pada suhu lampau rendah, iaitu sehingga 5 darjah Celcius di bawah paras beku (Minus 5 degree Celcius).



Jadi kita sama sama doakan agar semua urusan mereka dipermudahkan. Korang juga boleh layari Facebook di bawah ini untuk mengikuti perkembangan lanjut.

JA WELLNESS CENTRE SDN BHD

Felinna Inchloss VS Felinna Hot Lotion

Assalam. Bismillah..

Waaahh.. kata nak hupdate seminggu sekali. macam sebulan sekali jer update nih. hihi. Malam malam ada masa terluang baru boleh update. so today nak cerita pasal Felinna Inchloss dan juga Felinna Hot Lotion.

Haritu kawan zati tanya, ada lagi ke Inchloss nih? zati jawab la. Inchloss yang lama dah tak ada tapi dia perbaharui. So sebab tu tukar nama jadi Felinna Hot Lotion. Lagi advance dan lagi berkesan katanya.


Yerla. Sapu sapu kurus orang kata. Nanti zati share testimoni Felinna Hot Lotion nih. Ada tu zati tengok  dalam masa 2 minggu boleh turun 5kg. baju kerja dah muat masuk. fuuuhh.. menyirap.. nak jugak kurus dengan Felinna Hot Lotion nih.
ī

Zati lagi suka mix dengan Teatox sisfel. Maksudnya kita minum air teatox sisfel ni untuk bersihkan toksin dalam badan. Lepas tu jaga makan sikit. lepas tu sebelum kemas rumah sapu Felinna Hot Lotion. Fuhh. Memang merecik peluh. No wonder founder pon turun 9kg.. Tak aci nih. Rasanya founder sisfel aka Felinna Fattah dia amalkan Jamu Hormony, Teatox Sisfel dan juga Inchloss .. Ini memang  power la.. 3x ganda kesan dia..


Cuba korang tengok testimoni Felinna Hot Lotion nih? Rasa terbakar tak? huhu. Eh lupa pulak nak cerita bahan bahan dalam Felinna Hot Lotion.


Antara bahan yang terkandung ialah

1. Mentega Shea ( Shea Butter).
Berfungsi untuk melembutkan kulit.

2. Lempoyang Gajah.

3. Minyak zaiton


Kalau nak order Felinna Hot Lotion boleh hubungi details di bawah ini.

Call : 0179879178
Whats App : Klik Disini

Harga : RM 59 Termasuk Postage

NOT KKM : 190102384K